30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Akuan bersumpah liwat: Lelaki dakwa diperalat

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Lelaki yang sebelum ini mendakwa seorang pemimpin politik pembangkang terkemuka meliwatnya hari ini tampil membuat penjelasan.

Individu itu berkata, dia telah diperalat dan dipergunakan oleh seorang pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membuat tuduhan tersebut.

Memetik Malaysiakini, lelaki terbabit mengesahkan dia membuat laporan polis terhadap Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia, Datuk Seri K.N Ramesh Rao dan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin.

Berdasarkan laporan polis, dia mendakwa dipengaruhi untuk membuat akuan bersumpah (SD) berkenaan liwat yang dilaporkan sebelum ini.

RAMESH RAO

Lelaki itu juga mendakwa Ramesh Rao berjanji akan memberikannya habuan atau pampasan atas tindakan tersebut.

Laporan polis dibuat setelah blog Malaysia Today menerbitkan artikel mengenai tuduhan liwat berkenaan.

“Saya telah diperalat dan dipergunakan oleh Datuk Seri Ramesh Rao Krishnan Naidu dengan melakukan penyebaran berita berunsur lucah di media sosial ke atas saya hingga menyebabkan segala maruah saya dan seluruh ahli keluarga saya tercemar dan telah menyebabkan saya diganggu oleh beberapa pihak media sehingga menyebabkan saya terganggu emosi dan tertekan.

“Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk mengambil tindakan kepada Dato Sri Ramesh Rao dan Raja Petra yang menyebarkan berita berunsur lucah ke media sosial,” menurut laporan yang dikongsikan itu.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan polis mengambil kenyataan pengadu semalam dan akan memanggil Ramesh Rao untuk disoal siasat.

“Siasatan sedang dijalankan,” kata Mior.

Bagaimanapun, Ramesh Rao ketika dihubungi berkata, polis telah menghubunginya bagi diambil keterangan esok.

“Saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya dan memberitahu perkara yang sebenarnya.

“Saya tidak pernah berjanji atau memberitahu (pengadu) bahawa (menteri) akan membiayai dia,” katanya.

Selain itu, Ramesh Rao juga mengaku meyakinkan lelaki terbabit untuk membuat akuan berkanun berhubung dakwaan liwat terbaru melibatkan seorang ahli politik pembangkang terkemuka itu.

“Ya, saya lakukan, kerana tanpa SD bagaimana untuk membuktikan bahawa dia adalah mangsa?” katanya.

Malaysiakini telah menghubungi pembantu menteri kanan terbabit untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Dalam SD bertarikh 29 Jun lalu, lelaki terbabit didakwa melakukan hubungan seksual dengan ahli politik berkenaan di beberapa hotel pada 2013 dan diberikan upah sejumlah RM300 setiap kali bersama.

Dia turut mendakwa atas permintaan ahli politik itu, dia juga memperkenalkan seorang kawannya kepada ahli politik berkenaan dan kedua-duanya melakukan hubungan seks.

Terdahulu, lelaki itu juga dikatakan telah memfailkan satu laporan polis mendakwa berlaku manipulasi tetapi tidak dapat disahkan.

Malaysiakini juga telah menghubungi ahli politik itu untuk memberi komen mengenai tuduhan tersebut.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan