25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

DAPSY Sarawak tak mahu tanggal tulisan Cina

Mesti Baca

KUCHING – Pemuda Sosialis Parti Demokratik (DAPSY) Sarawak tidak akan menanggalkan tulisanĀ Cina pada papan tanda jalan melainkan terdapat perintah atau arahan dikeluarkan pihak berkuasa.

Ketuanya, Julian Tan yang dipetikĀ  Utusan Borneo berkata, masyarakat harus melihat isu papan tanda jalan dari skop lebih luas.

Bekas ahli Parlimen Stampin itu berkata, pihaknya bukan melakukan vandalisme tetapi secara keseluruhan tindakan yang dilakukan DAPSY adalah untuk mengembalikan papan tanda berkenaan seperti keadaan sebelum ini.

“Main Bazaar ini merupakan sebuah tempat yang bersejarah dan ikonik selain menjadi destinasi tarikan pelancongan. Papan tanda jalan dalam dwibahasa itu telah diubah tanpa disedari.

 “Apa yang DAPSY Sarawak lakukan adalah hanya untuk mengembalikan keadaannya seperti sedia kala,” katanya hari ini.

DAPSY Sarawak dakwa tindakan mereka adalah hanya untuk mengembalikan keadaannya seperti sedia kala

Menurut Julian, isu papan tanda jalan tersebut sudah disuarakan kepada Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan mereka tahu mengenainya.

Advertisements

 “Presiden SUPP, Datuk Sri Dr Sim Kui Hian, yang merupakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak tahu mengenai isu tersebut namun tidak berbuat apa-apa mengenainya,” katanya.

Beliau menambah, DAPSY Sarawak melakukan ia dengan niat baik iaitu hanya untuk mengembalikan papan tanda di dalam kawasan bandar ini seperti sebelumnya.

Tindakan DAPSY itu semalam dikesali Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang mendakwa perbuatan tersebut tidak menghormati undang-undang apabila melakukan vandalisme secara terang-terangan terhadap papan tanda jalan di sekitar Kuching, malah mendabik dada dengan perbuatan mereka itu apabila menularkan perbuatan itu di media sosial.


Timbalan Ketua Pemuda PBB, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, tindakan DAP meletakkan tulisan bahasa Mandarin atau tulisan Cina ke atas beberapa nama jalan di sekitar Kuching tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan, jelas melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1953/1967.


Menurutnya, peruntukan dan akta itu menetapkan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan termasuk pada papan tanda nama jalan.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan