32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Bintang ‘Black Panther’ meninggal dunia akibat kanser

Mesti Baca

LOS ANGELES – Bintang utama filem adiwira ‘Black Panther’, Chadwick Boseman meninggal dunia akibat akibat kanser kolon ketika berusia 43 tahun.


Boseman menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di sini dan ahli keluarganya turut berada di sisi mendiang.

Berita menyedihkan itu disahkan wakil kepada pelakon ‘Black Panther’ itu, Nicki Fioravante.

Difahamkan, Boseman tidak pernah membincangkan keadaan kesihatannya itu secara terbuka.


Boseman sebelum ini disahkan menghidap kanser usus sejak empat tahun lalu.

Sejak disahkan menghidap kanser itu pada 2016, Boseman terus bekerja dengan membintangi filem lain dengan studio utama di Hollywood.

“Menjadi satu penghargaan untuk kerjayanya untuk membawa watak King T’Challa dalam filem Black Panther,” menurut akaun media sosial Boseman.

Boseman pernah melakonkan watak ikon kulit hitam Jackie Robinson dan James Brown sebelum mencapai kegemilangan melalui watak Black Panther melalui Marvel Cinematic Universe.

Sementara itu, ahli keluarga Boseman mengesahkan perkara itu melalui akaun twitter rasminya @chadwickboseman.

“Chadwick telah disahkan menghidap kanser usus tahap tiga pada 2016 dan terus berusaha melawannya apabila penyakit itu mencapai tahap empat.

“Sebagai seorang pejuang sejati, Chadwick menghadapinya dengan tabah, dan membawa kepada anda filem-filem yang anda gemari.

“Dari Marshall ke Da 5 Blood, August Wilson’s Ma Rainey’s Black Bottom dan banyak lagi, semuanya dirakam ketika beliau bertarung dengan siri-siri pembedahan dan kemoterapi,” kata kenyataan itu lagi.

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan