25.7 C
Kuala Lumpur
Monday, October 3, 2022

Akuan bersumpah lelaki tular, PDRM siasat dakwaan kes liwat

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan kes liwat membabitkan pemimpin sebuah parti politik setelah tular akuan bersumpah dibuat seorang lelaki mendakwa menerima bayaran RM300 melakukan perbuatan itu.

Menurut Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, polis sudah menerima laporan polis berhubung isu itu semalam.

“Kita sudah menerima laporan itu semalam dan kini siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya yang dipetik Harian Metro.

Sebelum ini tular di media sosial satu akuan bersumpah bertarikh 29 Jun lalu dibuat seorang lelaki mendakwa kejadian itu berlaku pada 2013 di sebuah hotel di Subang.

Akuan bersumpah itu mendakwa lelaki berkenaan dihubungi pemimpin politik itu untuk bertemu di hotel terbabit sebelum melakukan perbuatan terbabit dan sebaik selesai dia dibayar RM300.

Malah individu terbabit mendakwa melakukan perbuatan itu bersama pemimpin politik terbabit sebanyak empat kali di beberapa hotel dengan bayaran RM300 setiap kali melakukannya.

Selain itu, pemimpin politik terbabit turut dikaitkan dengan seorang lagi kenalan individu yang membuat akuan bersumpah apabila mendakwa turut melakukan perbuatan itu.

Baca juga:   PM bangkit kekecewaan Malaysia kepada Setiausaha Agung PBB

Wartawan

Terkini

Kerajaan pandang serius isu keciciran pendidikan Orang Asli

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memandang serius isu keciciran pendidikan dalam kalangan pelajar Orang Asli yang mencatat lebih 10 peratus. Menterinya,...

Lagi Artikel Berkaitan