31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Abu Bakar Juah meninggal dunia akibat kanser hati

Mesti Baca

KUALA LUMPUR –  Pelakon veteran, Abu Bakar Juah meninggal dunia di kediamannya di Shah Alam pada pukul 6.35 petang, hari ini akibat kanser hati.

Memetik Harian Metro, berita itu disahkan anak ketiga Allahyarham, Safinas Abu Bakar, 32.

Allahyarham,72, sebelum ini dilaporkan tenat selepas dibenar keluar dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sejak lebih dua minggu lalu.

Sebelum ini, pelakon filem Matinya Seorang Patriot dan Dukun itu disahkan menghidap kanser usus pada 2016.

Selepas menjalani 12 pusingan kimoterapi, doktor mengesahkan pelakon veteran itu bebas daripada kanser.

Selepas disahkan bebas kanser, bapa kepada empat cahaya mata itu mengamalkan cara hidup sihat dengan mengambil pemakanan berkhasiat dan bersenam.

Bagaimanapun, pada awal tahun ini, doktor mengesahkan penyakit kanser kembali menyerang, malah lebih agresif hingga merebak ke hati.

Abu Bakar yang juga bekas Pengarah Penjara Taiping itu meninggalkan balu, Rusidah Mohd Yassin dan empat anak.

Drama terakhir yang pernah dibintanginya ialah Mr Grey pada 2018.

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan