33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Rentas sempadan: Malaysia, Singapura setuju guna 2 inisiatif

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Singapura bersetuju untuk melaksanakan pergerakan rentas sempadan secara bersyarat menerusi dua inisiatif.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dua inisiatif itu ialah Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Pengaturan Ulang Alik Berkala (PCA).

Beliau berkata, persetujuan itu dicapai kedua-dua negara selepas bertemu dengan rakan sejawatannya, Dr Dr. Vivian Balakrishan di Tambak Johor, hari ini.

“Alhamdulillah, menerusi perbincangan tadi, kedua-dua negara bersetuju melaksanakan pergerakan rentas sempadan Malaysia-Singapura bersyarat menerusi 2 inisiatif – Reciprocal Green Lane (RGL) atau Laluan Hijau Timbal Balik dan Periodic Commuting Arrangement (PCA) atau Pengaturan Ulang Alik Berkala.

Ribuan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura terperangkap ekoran pelaksanaan PKP sejak Mac lalu. – Gambar hiasan

“SOP pelaksanaan juga telah dimuktamadkan dan permohonan boleh dikemukakan kepada Jabatan Imigresen Malaysia bermula 10 Ogos,” katanya menerusi Facebook beliau.

Hishammuddin berkata, Malaysia sebelum ini telah mengemukakan empat kategori cadangan untuk pergerakan rentas sempadan kedua-dua negara dan RGL dan PCA adalah kategori pertama dan kedua.

“Untuk kategori ketiga iaitu pergerakan rentas sempadan harian dan kategori keempat iaitu buka sempadan sepenuhnya, rundingan dengan Singapura akan terus diadakan untuk memuktamadkan SOP,” kata beliau.

Beliau berkata, banyak perkara perlu diperhalusi dengan mengambil kira keupayaan melaksanakan ujian saringan serta kemudahan perubatan di kedua-dua negara yang akan melibatkan lebih 200,000 orang sehari.

“Penting untuk kita utamakan keselamatan memandangkan krisis COVID-19 belum reda malah menunjukkan peningkatkan kes sejak akhir-akhir ini. Jadi, saya harap semua dapat bersabar, kita akan usaha yang terbaik,” katanya.

Isu rentas sempadan antara Malaysia dan Singapura penting memandangkan ribuan rakyat Malaysia yang bekerja di negara jiran itu terperangkap sama ada di negara jiran itu atau tidak dapat menyeberang tambak.

Justeru, mereka berharap sempadan negara di selatan tanah air sama ada menerusi Tambak Johor atau Linkedua dapat dibuka semula dengan kadar segera. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan