24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Peluang miliki rumah teres RM180,000 di Jasin, Melaka

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia, terutama di Melaka yang masih belum memiliki rumah berpeluang memiliki rumah teres mampu milik di kawasan Jasin, Melaka dengan harga yang menarik.

Rumah berharga RM180,000 itu terletak berhampiran kawasan perindustrian dan pejabat kerajaan disasarkan kepada pekerja sektor awam dan swasta.

Menurut jurucakap Chester Properties, agensi hartanah yang dilantik sebagai wakil jualan eksklusif projek tersebut, majlis pelancaran akan dilakukan dalam masa terdekat dan projek mengambil masa dua tahun.

“Pembeli yang berminat kini boleh mendaftar secara percuma, sebelum membuat bayaran deposit sebanyak RM300 untuk pengesahan tempahan apabila projek ini dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi,” kata jurucakap itu.

Untuk fasa pertama rumah teres satu tingkat tersebut, pemaju akan membangunkan 744 unit rumah di kawasan tanah seluas 50 ekar (20.2 hektar).

Rumah berkeluasan 20 x 60 kaki itu yang mempunyai tiga bilik dan 2 bilik air itu amat sesuai untuk kakitangan pejabat dan sektor swasta yang tinggal berhampiran dan masih belum mempunyai rumah sendiri.

Advertisements
RUMAH ini sesuai untuk dihuni sendiri oleh pembeli yang tinggal di Jasin, Melaka.

Kelebihan pembeli dari sektor awam yang menggunakan pinjaman kerajaan, mereka tidak perlu membayar apa-apa bayaran seperti bayaran guaman, pendahuluan 10 peratus dan lain-lain ketika membuat tempahan.

“Bagaimanapun, memandangkan status rumah ini adalah rumah mampu milik, antara syarat utama bakal pembeli ialah pendapatan mereka seharusnya tidak melebihi RM8,000 dan mempunyai pendapatan minimum RM2,500,” tambahnya.

TAMAN rekreasi di kawasan seluas 1.2 hektar memberikan suasana perumahan yang selesa dan tenang kepada penduduk.

Walaupun status kawasan perumahan ini adalah rumah mampu milik tetapi pemaju tetap memberikan ciri-ciri perumahan terbaik iaitu dengan menyediakan satu taman rekreasi di kawasan tiga ekar (1.2 hektar).

Kawasan tersebut akan mempunyai sebuah surau, balai raya, tadika, laluan joging dan kawasan permainan kanak-kanak.

Pendaftaran tempahan dan maklumat lanjut mengenai projek itu boleh diperoleh di laman web https://hartanahjasin.com/?fname=ridzwaniman&email=wann66%40gmail.com – END

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan