24.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023

“Yang kritik tu budak lagi” – Abdul Hadi

Mesti Baca

MARANG – Pas menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menuduh parti itu belum bersedia untuk melaksanakan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dipetik Astro Awani sebagai berkata, negeri-negeri di bawah pentadbiran parti itu seperti Terengganu dan Kelantan sudah melaksanakannya melalui peruntukan Enakmen Syariah sedia ada.

Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian bagi menolak dakwaan Exco Agama Armada BERSATU, Abu Hafiz Salleh Hudin yang menyatakan Pas tidak mempunyai persiapan teknikal dari segi perundangan, mahupun hujah agama ketika mencadangkan RUU 355.

“Terengganu dah ada undang-undang Terengganu, Kelantan dah ada dalam Perlembagaan. Dia (Abu Hafiz) kena baca enakmen dah ada di Terengganu dah ada di Kelantan.

“Saya difahamkan Pahang dan Negeri Sembilan ada juga. Tidak silap saya Sabah ada juga…cuma perlu melalui proses Perlembagaan.

“Dia tidak baca habis (sebab) dia budak lagi…yang bercakap tu dia tidak sempat dengan tahun 90 (1990). Kita tahun 90 dah selesai dah,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Kuliah Dhuha di Masjid Rusila, hari ini.

Baca juga:   Ketepi perbezaan fahaman politik semasa situasi pandemik

Terdahulu RUU itu dibentang buat kali pertama di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016 oleh Abdul Hadi sendiri sebagai RUU Persendirian.

Perbahasan berkenaannya ditangguhkan, dan versi yang disemak semula dibentang pada November 2016 dan April 2017.

Baca juga:   ''Bunyi bising itu...‘alih perabot’ saja’’ - Hadi

RUU 355 bertujuan meningkatkan bidang kuasa penghukuman Mahkamah Syariah bagi kesalahan jenayah Syariah.

Wartawan

Terkini

Lelaki warga asing tak siuman tak ‘makan’ pujuk langgar lori

SEORANG lelaki warga asing yang tidak mahu memberikan kerjasama kepada pasukan polis akhirnya melarikan diri sehingga melanggar sebuah lori...

Lagi Artikel Berkaitan