28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Video TikTok, YouTube tidak perlu lesen – Saifuddin

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pengguna media sosial bebas menggunakan platform yang sedia ada seperti TikTok, YouTube dan sebagainya termasuk menghasilkan dan memuatnaik video seperti biasa tanpa perlu memohon lesen atau bimbang didakwa oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, keputusan itu merupakan antara beberapa perkara yang dipersetujui dan diputuskan oleh Kabinet.

Katanya, ini sebagai lanjutan kepada kenyataan beliau semalam yang menjelaskan bahawa kerajaan PN (Perikatan Nasional) tidak pernah dan tidak berniat menggunakan Akta Finas untuk menyekat kebebasan peribadi individu dalam media sosial serta keperluan untuk menambahbaik akta tersebut.

“Selain itu, kerajaan Malaysia menegaskan pendirian untuk mendukung prinsip kebebasan media dan hak kebebasan individu di laman media sosial.

“Kerajaan juga akan meminda Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 [Akta 244] dengan mengambil kira situasi semasa,” katanya hari ini.

Saifuddin berkata, seperti yang diumumkan sebelum ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah memulakan usaha untuk meminda akta-akta di bawah pengawasan Kementerian agar bersesuaian dengan situasi semasa. 

Beliau menambah, proses meminda akta-akta tersebut dalam masa terdekat.

Semalam, Saifuddin berkata, Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta FINAS) [Akta 244] perlu ditambah baik supaya bersesuaian dengan kehendak semasa.

Ini kerana, pada ketika ia diluluskan di Parlimen pada tahun 1981, teknologi pada masa itu berlainan dengan ketika ini.

Beliau mengulas mengenai laporan yang tular berkaitan keperluan lesen Finas untuk perfileman ketika menjawab pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, semalam. – Edisi 9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan