28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 7, 2022

Gred baharu beri peluang kenaikan pangkat pegawai rendah polis

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Cadangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mewujudkan gred baharu bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel memberi peluang kepada anggota polis berpangkat rendah menikmati kenaikan pangkat yang lebih baik.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Adnan Mat berkata, cadangan tersebut selari dengan usaha menambah baik skim perkhidmatan awam terutama anggota polis yang diketahui umum mempunyai bebanan kerja tinggi.

Beliau berkata, CUEPACS yakin sekiranya keadaan gaji dan skim perkhidmatan ini ditambah baik ia akan memberi satu suntikan atau motivasi buat anggota polis yang terpaksa bertugas sehingga terpaksa mengabaikan ahli keluarga sendiri.

gred
ADNAN MAT

“CUEPACS menyambut baik dan menyokong langkah pengurusan tertinggi PDRM yang merancang mewujudkan gred baharu bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Rendah Polis (PRP) dan Konstabel untuk jawatan Sub Inspektor YA12 sekali gus melahirkan penjawat awam yang bersih, cekap serta berintegriti tinggi.

“Cadangan tersebut juga merupakan langkah yang tepat pada waktunya memandangkan cabaran kerja yang dihadapi oleh anggota PDRM ketika ini terlalu berat dan tidak setimpal dengan kadar gaji yang diterima oleh mereka,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Baca juga:   Nenek saudara dera budak 5 tahun hingga usus pecah

PDRM baru-baru ini memaklumkan sedang merancang untuk mewujudkan gred baharu Skim Perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel untuk jawatan Sub Inspektor YA12 kepada gred baharu iaitu Gred G40 Awam.

Baca juga:   132 pengedar, penagih dadah ditahan dalam Ops Sarang

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abd Rahim Jaafar, berkata gred baharu berkenaan adalah sebahagian rancangan menambah baik skim perkhidmatan sedia ada, dalam usaha memperkasa modal insan pasukan supaya lebih kompeten, berintegriti dan berpengetahuan tinggi.

Dalam perkembangan sama, CUEPACS berharap kerajaan akan terus melaksanakan apa jua cadangan yang boleh menambah baik skim perkhidmatan awam di negara ini walaupun ia diumumkan kerajaan terdahulu.

Adnan berkata, setiap cadangan yang telah diumum dan dikaji perlu dilaksanakan dengan segera bagi mengelakkan ia menjadi sia-sia atau membuang masa.

“Antara cadangan tersebut adalah pemberian penebusan awal Gantian Cuti Rehat (GCR) sebanyak 75 hari kepada penjawat awam yang telah berkhidmat lebih 15 tahun seperti yang diumumkan dalam belanjawan 2020 pada tahun lalu.

“CUEPACS tidak mahu apa jua cadangan untuk penjawat awam yang telah diumumkan sebelum ini dikitar semula bagi dibentangkan dalam mana-mana perancangan atau belanjawan pada masa akan datang.

“Jika perkara ini sering berlaku ia akan memberi gambaran negatif kepada kerajaan yang dilihat sebagai berdolak-dalik dalam setiap polisi yang mahu dilaksanakan,” katanya. – EDISI 9

Baca juga:   Bayaran ringankan beban mangsa banjir bermula esok – PM

Wartawan

Terkini

Kapal kren ditahan bersauh tanpa kebenaran

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menahan sebuah kapal kren bersauh tanpa kebenaran di perairan Pulau Indah,...

Lagi Artikel Berkaitan