29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Dokumentari Al Jazeera: Imigresen cari lelaki Bangladesh

Mesti Baca

KUALA LUMPUR  – Gara-gara tular imej seorang lelaki warga asing dalam dokumentari Al Jazeera baru-baru ini, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedang mencari seorang warganegara Bangladesh bagi membantu siasatan agensi itu.


JIM menerusi satu kenyataan hari ini berkata, mereka meminta orang ramai memberikan maklumat lelaki warga Bangladesh berkenaan.

“JIM memohon orang ramai membantu memberikan maklumat seorang lelaki warganegara Bangladesh bernama Md Rayhan Kabir, nombor pasport BW0974403 berumur 25 tahun.

“Alamat terakhir beliau adalah Sirhan Legacy Sdn Bhd, B-7-9 Menara Uncang Emas, No 85 Jalan Loke Yew, 55200, Kuala Lumpur bagi tujuan membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Penolong Pengarah Imigresen (PPI) Nurulmasha Nazlinan Bin Hussin, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya di talian 03-88801298 / 1294 pada waktu pejabat atau Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat.”

Advertisements

Terdahulu, dalam video dokumentari Al-Jazeera bertajuk ‘Lock Up in Malaysia’s Lockdown’, pemuda berkenaan antara lain mendakwa kerajaan melayan migran seperti haiwan.

“Kita layan mereka seperti haiwan. Ini bukan cara melayan pekerja migran. Ini bukan cara melayan manusia,” dakwanya dalam dokumentari tersebut pada minit 0.38.

Terdahulu, Pengarah Imigresen, Datuk Khairil Dzaimee Daud berkata, pas warga asing boleh dibatalkan dan diminta keluar dari negara ini serta-merta jika didapati mengeluarkan kenyataan memburukkan Malaysia.

“Mereka berdepan risiko pembatalan pas dan akan diminta meninggalkan negara ini serta-merta, jika kenyataan berkenaan tidak tepat dan bertujuan memburuk-burukkan imej Malaysia,” katanya.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan