30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Dewan gamat, Ahmad Maslan kata PN kerajaan ‘pintu istana’ bukan ‘pintu belakang’

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Isu kerajaan ‘pintu istana’ yang dibangkitkan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan mengundang perdebatan hangat antara penyokong kerajaan dan pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Ketika mencadangkan usul ucapan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong semasa pembukaan Penggal Ketiga, Parlimen ke-14, Ahmad menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) merupakan kerajaan yang sah setelah memperoleh sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Setiap orang daripada 113 orang (Ahli Parlimen kerajaan) di sini mempunyai mandat rakyat. Ini adalah kerajaan ‘pintu istana’ yang sah, bukan kerajaan ‘pintu belakang’.

“Hentikanlah tuduhan bahawa kerajaan (PN) ini ‘pintu belakang’ kerana (ia) menghina keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ” katanya.

Memetik laporan Bernama, Ahmad berkata pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Kelapan yang diperkenan Al-Sultan Abdullah adalah berdasarkan proses penilaian yang mendapat majoriti kepercayaan ahli Dewan Rakyat.

Malah, rata-rata Ahli Parlimen kerajaan mendedahkan semula bahawa mereka pada mulanya menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri kelapan.

Advertisements

“Kami semua sign (tandatangan) SD sokong Langkawi (Dr Mahathir) tetiba Langkawi letak jawatan (sebagai Perdana Menteri) (jadi) kami sokong (Ahli Parlimen) Pagoh (Muhyiddin) lah…” kata Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Arau) ketika mencelah ucapan Ahmad.

Perkara itu disokong oleh Ahmad dengan berkata: “Kami semua sign SD untuk Tun Mahathir tapi SD itu tidak terpakai bila Langkawi letak jawatan…jadi kami sokong Pagoh (Muhyiddin)”.

Bagaimanapun, Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) bangun mencelah dan mempersoalkan kerajaan PN bukan dipilih melalui Pilihan Raya Umum (PRU).

“Kerajaan pintu belakang ini bukan dipilih masa Pilihan Raya Umum (PRU), itu sahaja. Tak faham?” katanya.

Justeru, Ahmad bangkit dan mencadangkan supaya istilah ‘kerajaan pintu belakang’ dan ‘pengkhianat’ hendaklah dianggap unparliamentary atau bercanggah dengan peraturan Parlimen.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan