25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 24, 2023

Apabila Maszlee ‘salah tegur’ Nik Muhammad Zawawi baca hadis

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh bukan sahaja Ahli Parlimen Pasir Puteh tetapi juga Ketua Dewan Ulama Pas.

Justeru Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik (Bebas) mungkin tersalah orang apabila cuba memperbetulkan doa dalam bahasa Arab yang dibaca Nik Muhammad Zawawi ketika sidang Dewan Rakyat hari ini.

Portal PNBBC melaporkan, sebelum itu Ahli Parlimen Pontian (BN), Datuk Seri Ahmad Maslan ketika membentangkan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong membaca doa dalam terjemahan bahasa Melayu yang bermaksud:

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada kekufuran dan kefakiran, dan aku berlindung dengan-Mu dari azab kubur. Tiada Tuhan melainkan Engkau.”

Beliau kemudian mempelawa Nik Muhammad Zawawi membaca doa dari hadis Rasulullah SAW dalam bahasa Arab.

Bagaimanapun, Maszlee bangkit mencelah dan menegur Nik Muhammad Zawawi mengenai hadis yang dibacanya.

Baca juga:   RUU Antilompat Parti: Pembangkang hargai kesungguhan PM

“Saya ingin membuat pembetulan doa yang dibaca oleh Pasir Puteh tadi, yang mana hadis yang pertama itu merupakan doa yang kita baca biasanya pada tahiyyat akhir,” kata Maszlee sambil menjelaskan Nik Muhammad Zawawi tertinggal bacaan bahasa Arab bagi terjemahan ‘aku berlindung dengan-Mu dari azab kubur’.

Nik Muhammad Zawawi menjelaskan bahawa rujukan yang dibuat oleh bekas Menteri Pendidikan itu kurang tepat.

“Sebenarnya ia tidak ada sambungannya. Ia hadis lain dan adalah terjemahan yang digabung, hadis itu berbeza sebenarnya. Matan hadis tidak boleh ikut terjemah, mesti ikut hadis,” jelasnya.

Baca juga:   Agong mahu 50 peratus tanah negara diliputi hutan, pokok-pokok

Matan dari segi istilah ahli hadis ialah teks (isi, ucapan atau lafaz-lafaz) hadis.

Untuk rekod, Nik Muhammad Zawi memiliki ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Tafsir) daripada Universiti Al-Azhar, Mesir, pada tahun 1990. 

Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ijazah Sarjana Akidah dan Falsafah di Universiti Al Al-Bayt, Jordan serta menyelesaikan PhD di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Dakwah & Kepimpinan.

Wartawan

Terkini

MOU PKNS, Samsung beri nilai tambah kepada pembeli

PERBADANAN Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengadakan kerjasama dengan Samsung Malaysia Electronics bagi memberikan nilai tambah kepada pembeli hartanahnya. Ketua Pegawai...

Lagi Artikel Berkaitan