24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Ardern pecat menteri kanan NZ kerana berzina

Mesti Baca

WELLINGTON – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern pada 22 Julai lalu bertindak tegas membuang seorang menteri kanan kerana tular kes berzina dengan bekas petugasnya.

Langkah tersebut dilakukan beliau seiring usaha pemantauan berterusan terhadap isu perilaku setiap anggota parlimen menjelang pilihan raya umum di negara itu sekitar September depan.

Ardern memecat Menteri Imigresen, Iain Lees-Galloway yang diketahui pernah bermukah dengan seorang bekas pekerja di agensi milik pemerintah, menurut laporan media tempatan.

Pemimpin Parti Buruh itu menyatakan bahawa perbuatan curang lelaki tersebut tidak dapat dipertahankan beliau, apatah lagi menteri berkenaan masih lagi ada isteri dan tiga orang anak.

“Menteri itu telah menunjukkan kurangnya penilaian selama 12 bulan, malah dengan hubungan selingkuh ini dia telah membuka aib diri terhadap tuduhan tidak sesuai dengan jawatan,” ujar Ardern.

Beliau turut menilai moral Lees-Galloway, 41, sebagai tidak memberi teladan perilaku yang diharapkan selaku jemaah menteri serta gagal dalam mematuhi standard dan budaya sihat di tempat kerjanya.

Advertisements

Dalam pada itu, bekas anggota Kabinet ini mengeluarkan kenyataan ringkas mengakui perbuatannya sebagai tindakan yang tidak tepat dan meminta maaf kerana telah mengecewakan ahli keluarganya.

Lees-Galloway dipetik media dalam nada kesal menyatakan: “Saya telah bertindak tidak seiring dengan jawatan saya dan tidak lagi dapat menyempurnakan tugas hakiki saya sebagai menteri.”

Insiden pemecatan yang tidak diduga itu berlaku sehari selepas seorang anggota Parlimen dari parti pembangkang, Andrew Falloon undur diri setelah disyaki mengirim gambar berbaur lucah.

Ia dihantar kepada beberapa wanita muda termasuk seorang pelajar universiti, namun beliau sendiri belum lagi mengulas dakwaan kes ‘panas’ itu selain memohon maaf kerana melakukan kesalahan tertentu.

Falloon turut mendapatkan khidmat kaunseling kesihatan mental dan setakat ini, Ardern memberi jaminan beliau bersikap adil serta tidak menghakimi seseorang berdasarkan jantina mereka.

Awal bulan ini, Menteri Kesihatan New Zealand, David Clark juga meletak jawatannya susulan muncul semula kes baharu COVID-19 selepas sebulan ceria bebas wabak pandemik maut itu. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan