Wednesday, July 22, 2026

Kesungguhan Harimau Malaya lawan New Zealand, ini sebabnya

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Berkecimpung lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan bersama media arus perdana. Keutamaan dalam penulisan berkaitan politik, sukan dan teknologi maklumat.

BUKAN mahu ke Piala Dunia dan bukan juga sebagai tiket terakhir ke Piala Asia, namun skuad Harimau Malaya kelihatan bersungguh-sungguh untuk berdepan dengan New Zealand dalam perlawanan antarabangsa Tier 1 di Auckland 14 Oktober ini.

Kesungguhan itu dibuktikan apabila anak-anak buat Pau Marti terbang seminggu lebih awal ke Auckland untuk menjalani latihan pusat bagi menghadapi pasukan ke-95 dunia itu.

Bagi pengendali Sepanyol itu, perlawanan dengan New Zealand amat penting ketika pasukan negara jiran seperti Indonesia, masih bersaing di kelayakan Piala Dunia 2026, kerana apa pun keputusan bakal mempengaruhi ranking FIFA yang kita kini berada di kedudukan ke-132 dunia.

“Perlawanan ini memberikan satu peluang yang cukup berharga kerana New Zealand berada di kedudukan ke-95 dunia,” kata Marti mengulas pertemuan kedua-dua pasukan buat pertama kali selepas 18 tahun.

Kesungguhan tersebut tampak jelas apabila kerana menjelang pertemuan dengan “The All White” itu Harimau Malaya turut mengadakan pertemuan dengan sebuah kelab dari negara Kiwi tersebut.

Pun begitu, FAM agak kecewa kerana usaha untuk mendapatkan saingan lebih hebat dari negara-negara Oceania gagal kerana jadual mereka padat bagi saingan kelayakan Piala Dunia yang berlangsung pada tarikh-tarikh berkenaan.

Biarpun diejek negara jiran kerana mengadakan perlawanan persahabatan semata-mata untuk memintas ranking mereka, namun bagi FAM itu semua bukan sasaran.

Lebih penting, bagi meningkatkan ranking dan pada masa yang sama sebagai persiapan awal bagi mengharungi kelayakan Piala Asia 2027, setelah gagal menempah slot lebih awal.

Sebanyak 6.22 mata disasar oleh FAM daripada kemenangan ke atas New Zealand atau 1.12 mata jika seri, setidak-tidaknya dapat memperbaiki kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA.

Sudah tentu dalam pertemuan tersebut, kota tidak mahu tewas dan sekali gus kehilangan 3.78 mata, dan sedikit sebanyak menggugat reputasi Paul Marti dalam usaha menjadi Ketua Jurulatig tetap bagi skuad kebangsaan, setelah ketika ini sekadar pengendali sementara menggantikan Kim Pan-gon.

Justeru, pertemuan Malaysia dan New Zealand pada 14 Oktober tidak harus dipandang ringan dan mudah. Atas sebab itulah, skuad Harimau Malaya dipersiapkan dengan rapi untuk memastikan kita dapat meraih kemenangan berharga di bumi Kiwi. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan