30.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024
Home Blog Page 270

Kes Ahmad Zahid bazirkan masa mahkamah, pembayar cukai

HAKIM Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menyifatkan tindakan Peguam Negara untuk tidak meneruskan pendakwaan hanya membazirkan masa mahkamah dan wang pembayar cukai.

Namun, kata beliau, Peguam Negara berhak berbuat demikian dan keputusan tersebut tidak boleh dipersoalkan.

“Mahkamah ini membuat keputusan untuk melepaskan tanpa membebaskan. Sebelum saya tangguhkan, saya ingin menyatakan, apa sekalipun kuasa Peguam Negara di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 254 Kanun Acara Jenayah untuk memulakan dan menarik balik pertuduhan pada bila-bila masa sebelum penghakiman dibuat, tidak boleh dipersoalkan.

“Andainya pihak pendakwaan memutuskan dalam masa terdekat bahawa mereka tidak akan meneruskan pendakwaan, bahawa banyak masa kehakiman yang barharga akan terbuang.

“Di samping itu akan membazirkan banyak wang pembayar cukai, dan dengan ini, mahkamah ditangguhkan,” katanya.

Beliau berkata demikian sejurus melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 kes berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik mewakili yang Ahmad Zahid memohon anak guamnya dilepas dan dibebaskan.

Ahmad Zahid, 70, telah menghantar surat representasi setebal 200 muka surat kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) sebagai asas pertimbangan agar kesemua pertuduhan terhadapnya digugurkan.

Surat representasi pertama dikemukakan pada Januari lepas manakala kedua, dihantar kepada AGC dengan fakta dan bukti baharu, pada Februari.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dibicarakan atas 47 pertuduhan iaitu lapan tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Sementara itu, Sequerah ketika membaca keputusan penghakimannya berkata, pihak pendakwaan mengemukakan 11 alasan bagi memohon menghentikan kes.

Katanya, ia termasuk isu-isu yang disebut dalam buku memoir bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas bertajuk My Story: Justice In the Wilderness.

Sequerah berkata, pihak pembelaan berharap tertuduh dilepas dan dibebaskan (DNA) dengan segera. – Edisi 9

Polis akan panggil Muhyiddin berhubung kenyataan ‘fatwa politik’

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan akan memanggil bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung ucapan beliau dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dataran Utama Kempas di Johor Bahru, Sabtu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, satu kertas siasatan terhadap Muhyiddin telah dibuka berhubung kenyataan bahawa haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat.

Menurut Razarudin, polis turut menerima satu laporan berhubung kejadian di sebuah balai polis di ibu negara dan siasatan sedang dilakukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. 

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan ketakutan dan kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

“Tindakan selanjutnya polis akan mengambil keterangan beliau (Muhyiddin) dalam masa terdekat,” katanya seperti dipetik daripada Bernama hari ini.

Ahli Parlimen Pagoh itu ketika berucap dalam ceramah di Johor Bahru Sabtu lalu didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa ‘haram memberikan undi kepada Suhaizan.’

PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh pengundian awal adalah pada esok hari manakal hari mengundi pula ditetapkan pada 9 September ini. – Edisi 9

Gagal di Dubai, Noor Hafiz sedia bersaing di Oman

0

PEMAIN catur amatur negara, Noor Hafiz Mohd Nor hanya mampu mengutip lima mata dalam Kejohanan Catur Amatur Asia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Bagaimanapun beliau yang juga pemegang Arena International Master (AIM) kini bersedia untuk bersaing dalam Kejohanan Catur Amatur Dunia yang akan berlangsung di Muscat, Oman November ini.

Noor Hafiz memperoleh lima mata berharga selepas menewaskan pemain dari Kuwait, Bahrain, Jordan dan dua pemain Oman.

Bagaimanapun, peluang beliau untuk mengutip mata lebih banyak gagal apabila tewas kepada wakil dari India, Iran, Sri Lanka dan tuan rumah, UAE.

“Kejohanan peringkat Asia ini juga membuktikan bahawa Malaysia bersedia untuk memberikan saingan yang lebih sengit pada Kejohanan Catur Amatur Dunia yang dijadualkan pada 1 sehingga 11 November di Muscat, Oman,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Pemerkasaan Komuniti Malaysia (Mpower)

Kejohanan Catur Amatur Asia bermula 27 Ogos lalu melibatkan 162 peserta daripada 28 negara benua Asia.

Edisi kali ini menyaksikan wakil India, A Kumaresh muncul sebagai juara dan dianugerahkan gelaran Candidate Master (CM).

Dalam pada itu, Noor Hafiz merakamkan penghargaan atas sokongan pelbagai pihak yang telah banyak membantu persiapan bagi kejohanan tersebut berlangsung.

Ini termasuk Persekutuan Catur Malaysia (MCF), Mpower, Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai, Jabatan Penerangan Malaysia dan Kelab Sukan dan Kebajikan Kementerian Komunikasi dan Digital. – Edisi 9

Kebenaran terserlah, Zahid mangsa pendakwaan politik – UMN0

UMNO menzahirkan rasa syukur berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO sejak awal yakin dan percaya bahawa Ahmad Zahid adalah mangsa pendakwaan politik yang dilakukan ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Ketujuh.

Jelas Asyraf Wajdi, kezaliman terhadap Ahmad Zahid berlaku hanya beberapa minggu selepas Dr. Mahathir mengancam supaya Presiden UMNO itu membubarkan parti dalam pertemuan yang diakui sendiri oleh bekas Perdana Menteri itu dalam satu temuramah media.

“Ini diperkukuhkan lagi dengan pendedahan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dalam buku memoirnya My Story: Justice in the Wilderness yang jelas memperakui terlibat langsung dalam mengatur beberapa pendakwaan terpilih terhadap individu-individu politik berpengaruh bersama Perdana Menteri ketujuh waktu itu.

“Kes pendakwaan politik ini tetap diteruskan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri walaupun Tan Sri Idrus Harun dan Tan Sri Azam Baki masing-masing telah dilantik sebagai Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang baharu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebaskan Ahmad Zahid setelah mengambil kira keputusan yang telah diambil Peguam Negara untuk memberhentikan pendakwaan kesemua baki 47 kes pertuduhan.

Untuk rekod, Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini juga membebaskan dan melepaskan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sekali gus membersihkan nama baik beliau terhadap 40 pertuduhan yang terbukti tiada asas dan prima facie untuk didakwa dan disabitkan sebarang kesalahan jenayah pada 23 September 2022.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, walaupun Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM dikekalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka akhirnya melakukan keputusan yang tepat dengan menghentikan pendakwaan.

Beliau berkata, salah satu daripada 11 alasan pendakwa raya memberhentikan pendakwaan memperakui bahawa pendakwaan dibuat secara tergesa-gesa sedangkan siasatan tidak sempurna.

Katanya, itu boleh menjejaskan kredibiliti Jabatan Peguam Negara dan SPRM, yang  diperlihatkan menjadi alat pembunuhan musuh politik oleh pihak berkuasa.

“Ini bagaikan mengesahkan satu memo taklimat yang tular (jika benar keabsahannya) beberapa minggu lepas yang disediakan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib kepada Peguam Negara waktu itu, Tommy Thomas.

“Memo itu mencadangkan bahawa tiada apa-apa pertuduhan boleh dibuat ke atas Ahmad Zahid kerana tiada sebarang keterangan dan bukti menjurus kepada sebarang perlakuan jenayah adalah suatu yang amat menggemparkan.

“Namun, hanya dua hari selepas tarikh memo tersebut dibentangkan kepada Peguam Negara waktu itu, pendakwaan tetap dilakukan bagaikan tergesa-gesa semacam ada tangan-tangan ghaib berniat jahat yang membuat pengarahan,” tegasnya.

Asyraf Wajdi berkata, dengan keputusan ini, maka semakin jelas kerakusan kepimpinan Tun Mahathir dan Parti Peribumi Bersatu (Bersatu) yang sanggup menganiayai pemimpin-pemimpin UMNO.

Katanya, ia dilakukan demi gelojak nafsu dan dendam untuk menghancurkan UMNO dan kononnya boleh menggantikan parti itu dalam perjuangan Islam dan Melayu di negara ini.

“Besarlah harapan UMNO agar titik-titik hitam dalam sejarah perundangan negara sehingga sistem dan institusi keadilan negara begitu mudah diperalatkan hingga membawa kepada ketidak-stabilan politik negara mestilah dititik-noktahkan.

“UMNO berpendirian tegas agar di bawah Kerajaan Perpaduan Malaysia ini, segala pendakwaan politik yang memperalatkan institusi-institusi yang menjadi benteng kepada sistem keadilan negara tidak lagi berulang. 

“Jabatan Peguam Negara dan SPRM mesti terus bebas dan berani melaksanakan amanah mereka untuk melaksanakan keadilan tanpa rasa takut dan pilih kasih terhadap mana-mana pihak termasuklah pimpinan dan ahli UMNO sendiri,” katanya. – Edisi 9

SN Anwar Ridhwan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP baharu

0

SASTERAWAN Negara ke-10, Datuk Dr. Anwar Ridhwan dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang baharu berkuat kuasa 1 Ogos lalu.

DBP menerusi kenyataan berkata, Anwar dilantik bagi menggantikan Datuk Seri Prof. Dr. Awang Sariyan yang menamatkan kontrak perkhidmatannya pada 22 Mei lalu.

Katanya, penyerahan surat lantikan diserahkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek kepada Anwar di Kementerian Pendidikan (KPM) yang turut dihadiri Ketua Pengarah DBP, Dr. Hazami Jahari.

“Anwar Ridhwan dilahirkan pada 5 Ogos 1949 di Sungai Besar, Selangor. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Besar dan seterusya di Sekolah Ungku Aziz dan Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur.

“Beliau merupakan pemegang Ijazah Doktor Falsafah Sastera dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana serta Sarjana Muda Sastera dari universiti yang sama,” katanya hari ini.

Anwar mula berkhidmat di DBP pada Mei 1973 sebagai pegawai penyelidik dan menjawat beberapa jawatan penting lain seperti anggota sidang pengarang majalah Dewan Bahasa, Dewan Sastera dan Dewan Budaya.

Selain itu, beliau turut menjadi Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera; pemangku timbalan ketua pengarah dan bersara sebagai Pengarah di Jabatan Penerbitan DBP.

Menurut DBP, Anwar dianggap sebagai sasterawan yang prolifik, berbakat besar dan berjaya dalam penulisan cerpen, novel, puisi dan skip drama pentas.

Katanya, beliau telah beberapa kali memenangi Hadiah Karya Sastera Malaysia melalui cerpennya seperti Perjalanan Terakhir (1971), Dunia Adalah Sebuah Apartmen (1973) dan Sesudah Perang (1976).

“Pada 2002, Anwar terpilih sebagai penerima Anugerah SEA Write mewakili negara Malaysia di Bangkok. Sehingga kini, karya-karya beliau telah diterjemahkan kepada lebih daripada 15 bahasa dunia,” jelasnya.

DBP berkata, Anwar juga pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Institut Terjemahan dan Buku Malaysia mulai 2011 hingga 2016 sebelum dianugerahkan Anugerah Sasterawan Negara ke-10 pada 2009. – Edisi 9

Pengundi Pulai harus tolak pihak yang galakkan kebencian – PM

0

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa para pengundi di Parlimen Pulai agar menolak pihak-pihak yang menggalakkan politik kebencian yang melampau.

Menurut beliau, rakyat juga dinasihat menolak golongan yang mempermainkan hukum agama demi nafsu dan tembolok politik mereka semata-mat.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, Kerajaan Perpaduan akan terus mentadbir negara berteraskan Ekonomi MADANI bagi menjaga kebajikan rakyat.

“Kami juga serius dalam memastikan semua kaum di negara ini dibela.

“Sehubungan dengan itu, saya menggesa rakyat Pulai untuk terus berikan mandat kepada Harapan dan Perpaduan menerusi saudara Suhaizan Kayat sekali gus dapat meneruskan legasi rahmah arwah Salahuddin Ayub,” katanya pada Jelajah Perpaduan MADANI di Pulai malam tadi.

Anwar Ibrahim menerima sambutan daripada para penyokong di Pulai, Johor.

Sementara itu, dalam Ceramah Mega Perpaduan MADANI di Simpang Jeram, Johor, Anwar turut mempercayai calon Harapan saudara Nazri Abdul Rahman mampu galas amanah dan tanggungjawab meneruskan legasi dan kerja baik arwah Salahuddin Ayub.

“Saya merayu kepada para pengundi di DUN ini untuk berikan mandat kepada calon Harapan dan Perpaduan,”katanya.

Dalam pada itu, beliau tegaskan bahawa hanya gabungan perpaduan mampu pertahankan hak semua kaum di negara ini khususnya di Johor.

Katanya, Kerajaan Perpaduan ternyata punyai dasar dan agenda yang jelas dan pelbagai untuk rakyat keseluruhan antaranya Ekonomi MADANI.

“Justeru rakyat di kawasan ini harus sokong gabungan perpaduan bagi membolehkan peneruskan khidmat bakti terbaik buat mereka,”katanya.

Kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram masing-masing menyaksikan saingan tiga penjuru.

Di Pulai, PH meletakkan ‘orang kepercayaan’ Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub iaitu Suhaizan Kayat untuk mempertahan kerusi berkenaan yang dimenangi Allahyarham dengan majoriti 20,989 undi selepas menewaskan calon BN, Datuk Nur Jazlan Mohamed dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sementara di kerusi Simpang Jeram, perebutan melibatkan calon PH iaitu Timbalan Ketua Amanah kawasan Bakri, Nazri Abdul Rahman; calon PN, Dr Mohd Mazri Yahya yang juga pakar perunding vaskular dan pakar bedah endovaskular; serta calon Bebas, S Jeganathan. – Edisi 9

Lady of Leisure perkenal koleksi Cinta

0

LADY of Leisure, sebuah jenama fesyen mewah terbaharu yang meraikan kecantikan dan kuasa wanita mengumumkan pelancaran koleksi pertamanya, Cinta.

Koleksi ini diinspirasikan oleh makna perkataan ‘cinta’ bagi mencerminkan falsafah jenama ini dalam mereka pakaian yang membangkitkan perasaan dan mengilhami wanita agar menzahirkan keunikan mereka.

Menampilkan pelbagai fabrik mewah rekaan yang terjalin indah, kesemuanya buatan tangan di Malaysia.

Pengasasnya, Dada Herzog Al-Attas berkata, dia ingin menampilkan koleksi yang dapat merakamkan intipati cinta dalam pelbagai bentuk.

“Koleksi Cinta ini adalah perjalanan melalui pelbagai peringkat percintaan, dari permulaan percikan bibit-bibit cinta sehinggalah kepada ikatan kasih sayang yang mendalam dan abadi, yang menopang sesebuah hubungan.

“Perjalanan saya sepanjang mereka koleksi Cinta ini adalah bukti air tangan penuh cinta, menghasilkan pelbagai pakaian yang bukan sahaja meraikan pelbagai peringkat percintaan tetapi juga mencerminkan perkembangan peribadi dan rasa saya terhadap warisan budaya,” katanya.

Selain ilham yang diperoleh daripada pengalaman peribadi, nenek Dada juga antara figura yang memberikan impak besar dalam membentuk nilai dan perspektif dirinya.

Dada mengganggap neneknya sebagai wanita hebat dan luar biasa yang menjadi inspirasi untuk rekaan dalam koleksi Cinta ini.

“Setiap helai pakaian dihasilkan dengan penuh teliti, mencerminkan keanggunan dan kesantunan yang dicontohinya.

“Kekuatan yang dimiliki nenek terutama kebaikannya diterjemahkan melalui koleksi ini,” katanya lagi.

Pakaian yang melambangkan belas ihsan, empati, dan kasih sayang meniadi pelengkap kepada semua rekaannya.

Tujuannya adalah untuk mencipta aksesori yang menggabungkan kuasa cinta dan mengingatkan pemakainya tentang kepentingan kebaikan dan kemesraan dalam interaksi sesama manusia.

Selain itu, ajaran nenek tentang pentingnya berpakaian molek dan sayang akan diri sendiri menjadi hala tuju koleksi Cinta ini.

Koleksi ini turut dibahagikan kepada tiga bab iaitu Passion, Intimacy dan Devotion.

Setiap rekaan dalam koleksi Cinta ini direka untuk membina ikatan yang mendalam dan memupuk penghargaan yang lebih besar terhadap sejarah peribadi seseorang dan cinta yang membentuk kehidupan kita. – Edisi 9

Zahid dilepas tanpa dibebaskan daripada 47 pertuduhan

0

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan untuk melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi daripada semua 47 pertuduhan yang dihadapinya,

Ini melibatkan pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd. Dusuki Mokhtar untuk melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid.

Katanya, apabila pihak pendakwaan memutuskan untuk berhenti, ini kerana mereka berhasrat menyiasat kes itu dengan lebih mendalam.

“Mahkamah ini membuat keputusan untuk melepaskan tanpa membebaskan. Sebelum saya tangguhkan, saya ingin menyatakan di sini bahawa, apa sekalipun kuasa Peguam Negara di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 254 Kanun Acara Jenayah untuk memulakan dan menarik balik pertuduhan pada bila-bila masa sebelum penghakiman dibuat, tidak boleh dipersoalkan.

“Andainya pihak pendakwaan memutuskan dalam masa terdekat bahawa mereka tidak akan meneruskan pendakwaan, bahawa banyak masa kehakiman yang barharga akan terbuang di samping membazirkan banyak wang pembayar cukai dan dengan ini, mahkamah ditangguhkan,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dibicarakan atas 47 pertuduhan iaitu lapan tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan kes itu kini di peringkat pembelaan. Pihak pembelaan setakat ini telah memanggil 15 saksi termasuk Ahmad Zahid untuk memberi keterangan. – BERNAMA

Institusi akademik Malaysia, Indonesia digalak jalin hubungan baik

0

MENTERI Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menggesa institusi akademik Malaysia dan Indonesia membina hubungan baik serta menghormati kedua-dua negara sepertimana terkandung dalam Piagam ASEAN.

Pada masa yang sama, beliau turut menyeru sektor swasta untuk bekerjasama dan membangunkan perkongsian strategik dengan institusi akademik berkenaan.

Menurut beliau, hal itu boleh dilaksanakan melalui aktiviti yang dibiayai kedua-dua pihak melalui penyelidikan kolaboratif dan selanjutnya boleh memberikan khidmat nasihat kepada kerajaan

Beliau berkata, kerjasama kedua-dua negara berjiran itu sudah lama wujud dan dalam pelbagai bentuk termasuk kerjasama strategik dari segi akademik, ekonomi dan budaya.

“Menariknya, kerjasama ini bukan sahaja membantu meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara, malah mewujudkan lebih banyak ruang dan peluang untuk Malaysia dan Indonesia bergerak maju ke hadapan di peringkat lebih tinggi,” katanya menerusi Facebook beliau malam tadi.

Sebelum itu, Zambry dan rakan sejawatannya dari Indonesia, Retno Marsudi telah merasmikan program kerjasama antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universitas Prasetiya Mulya (PRAMUL) di Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (ERIA) di Jakarta.

Di bawah program tersebut, UKM menerusi Institusi Pengajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) telah mewujudkan Pusat Kajian Ikatan Malaysia-Indonesia (IKMI) manakala PRAMUL pula menubuhkan Program Pengajian Indonesia-Malaysia (IMSP).

Beliau berkata, penubuhan IKMI dan IMSP itu bagi membina rangkaian kolaboratif antara kerajaan kedua-dua negara.

Katanya, kerjasama antara UKM dan PRAMUL itu adalah hasil lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jakarta pada Januari lalu dan lawatan Presiden Joko Widodo ke Malaysia pada Jun.

“Semasa lawatan ke Jakarta, Perdana Menteri menyeru Indonesia dan Malaysia untuk terus bekerjasama dalam isu serantau bagi menjamin kepentingan politik dan ekonomi kedua-dua negara,” katanya.

Kedua-dua menteri turut mengulangi bahawa Indonesia dan Malaysia perlu membangun, mengekalkan dan terus memupuk hubungan baik antara kedua-dua negara. – Edisi 9

Polis terima laporan iklan guna nama, gambar bekas mufti

POLIS Selangor menerima laporan berkaitan iklan pelaburan yang menggunakan nama bekas Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, laporan berkaitan iklan tersebut diterima daripada Mohd Tamyes yang merupakan pengadu pada 9.43 malam tadi (3 Sept).

“Beliau (Mohd Tamyes) membuat laporan polis dan menafikan pembabitannya dalam iklan yang dipaparkan di laman sosial Facebook atas nama ‘Investor City’.

“Iklan tersebut adalah palsu dan tiada kaitan dengan Mohd Tamyes manakala laporan polis yang diterima dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk siasatan terperinci,”katanya dalam kenyataan di sini.

Selain itu, Hussein turut menasihatkan orang ramai agar tidak terperdaya serta terpengaruh dengan iklan dan tawaran di media sosial yang menggunakan identiti individu penting yang menjadi kepercayaan masyarakat sebagai imej sesebuah pengiklanan.

“Sikap menyemak semula kesahihan sesuatu iklan itu amat penting bagi mengelak dimanipulasikan dan menjadi mangsa penipuan,”katanya. – Edisi 9

Ahli politik didakwa dera pembantu rumah?

BEKAS ketua pemuda salah satu cabang PKR didakwa mendera dengan kejam seorang pembantu rumahnya yang juga warga Indonesia.

Mangsa yang kini dilindungi konsulat Indonesia mendakwa antara penderaan yang dialami ialah dia disuruh menanggalkan pakaian sebelum dicurah dengan air panas sebagai hukuman kerana membiarkan pintu pagar terbuka.

Itu hanyalah salah satu daripada dakwaan yang disenaraikan dalam laporan polis yang dibuat mangsa kepada polis Ampang Jaya pada pertengahan Ogos lalu.

Menurut laporan Malaysiakini, selain mengalami penderaan secara lisan, bekas pembantu rumah itu juga mendakwa dia tidak dibayar gajinya selama empat tahun bekerja dengan lelaki terbabit.

Polis turut mengesahkan siasatan terhadap kes itu sedang dijalankan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan telah menghubungi ahli politik terbabit untuk mendapatkan responnya.

Identiti suspek sengaja dirahsiakan sementara menunggu jawapan daripada pihak tertuduh.

Sementara itu Ketua Setiausaha Pengelola PKR Zahir Hassan mengesahkan ahli politik terbabit masih menjadi ahli parti berkenaan tetapi tidak lagi memegang sebarang jawatan.

Menurut pembantu rumah itu, ahli politik bergelar Datuk itu mengugut akan memukulnya jika dia tidak menanggalkan pakaiannya dan apabila dia melakukannya, dia disimbah dengan air panas.

Dalam kejadian lain, dia mendakwa dipaksa merentangkan tangannya ke lantai kemudian dilempar pasu bunga ke tangannya.

“Jari kelingking saya patah dan mengalami cacat kekal,” katanya.

Wanita berusia 57 tahun dari Jawa Tengah itu berkata, penderaan yang dialaminya itu bermula sebaik sahaja dia mula bekerja di rumah lelaki terbabit pada 2018.

Menurut mangsa, dia ditendang manakala badan dan kepalanya dihentak, dicengkam rambutnya dan dihempap ke dinding, dipukul di kepala dengan pelbagai objek, selain cuba dilemaskan. -Edisi 9

Undi Suhaizan ‘haram’, menantu Muhyiddin lari apa hukumnya?

0

LAGI ahli UMNO mengecam tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kenyataannya bahawa haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat.

Terbaharu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi secara sindirian mengaitkan pula dengan isu menantu Muhyiddin yang dikatakan melarikan diri ke luar negara untuk elak siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

“Cuba Muhyiddin jawab. Menantu dia lari atau berhijrah? SPRM suruh dia serah diri. Maknanya dia lari. Kalau lari, hukumnya haram atau halal?

“Muhyiddin sudah ada kelayakan menghukum. Menurutnya siapa undi Suhaizan hukumnya haram. Muhyiddin terikut ikut budaya PAS

“Justeru, jangan tutup mata sebelah bila menantu dituduh lari. Jangan buat “fatwa selektif”. Menantu lari halal pula?,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Muhyiddin semasa sesi Ceramah Perdana di Dataran Utama Kempas baru-baru ini dikatakan telah mengatakan bahawa adalah haram memberikan undi kepada calon Perikatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat, sehingga menimbulkan pelbagai reaksi.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan PRK Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram dijalankan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pengundian awal pada 5 Sept dan hari mengundi pada 9 Sept.- Edisi 9