25.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 27, 2023

Gagal di Dubai, Noor Hafiz sedia bersaing di Oman

Mesti Baca

PEMAIN catur amatur negara, Noor Hafiz Mohd Nor hanya mampu mengutip lima mata dalam Kejohanan Catur Amatur Asia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Bagaimanapun beliau yang juga pemegang Arena International Master (AIM) kini bersedia untuk bersaing dalam Kejohanan Catur Amatur Dunia yang akan berlangsung di Muscat, Oman November ini.

Noor Hafiz memperoleh lima mata berharga selepas menewaskan pemain dari Kuwait, Bahrain, Jordan dan dua pemain Oman.

Bagaimanapun, peluang beliau untuk mengutip mata lebih banyak gagal apabila tewas kepada wakil dari India, Iran, Sri Lanka dan tuan rumah, UAE.

“Kejohanan peringkat Asia ini juga membuktikan bahawa Malaysia bersedia untuk memberikan saingan yang lebih sengit pada Kejohanan Catur Amatur Dunia yang dijadualkan pada 1 sehingga 11 November di Muscat, Oman,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Pemerkasaan Komuniti Malaysia (Mpower)

Kejohanan Catur Amatur Asia bermula 27 Ogos lalu melibatkan 162 peserta daripada 28 negara benua Asia.

Edisi kali ini menyaksikan wakil India, A Kumaresh muncul sebagai juara dan dianugerahkan gelaran Candidate Master (CM).

Dalam pada itu, Noor Hafiz merakamkan penghargaan atas sokongan pelbagai pihak yang telah banyak membantu persiapan bagi kejohanan tersebut berlangsung.

Ini termasuk Persekutuan Catur Malaysia (MCF), Mpower, Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai, Jabatan Penerangan Malaysia dan Kelab Sukan dan Kebajikan Kementerian Komunikasi dan Digital. – Edisi 9

Terkini

Nafi sos cili peket dicaj, McDonald’s buat laporan polis

MCDONALD’S Malaysia membuat laporan polis berhubung dakwaan pekerjanya mengenakan caj sos cili peket kepada pelanggan sepertimana tular baru-baru ini. McDonald’s Malaysia berkata,...

Lagi Artikel Berkaitan