25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Polis akan panggil Muhyiddin berhubung kenyataan ‘fatwa politik’

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan akan memanggil bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung ucapan beliau dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dataran Utama Kempas di Johor Bahru, Sabtu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, satu kertas siasatan terhadap Muhyiddin telah dibuka berhubung kenyataan bahawa haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat.

Menurut Razarudin, polis turut menerima satu laporan berhubung kejadian di sebuah balai polis di ibu negara dan siasatan sedang dilakukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. 

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan ketakutan dan kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Advertisements

“Tindakan selanjutnya polis akan mengambil keterangan beliau (Muhyiddin) dalam masa terdekat,” katanya seperti dipetik daripada Bernama hari ini.

Ahli Parlimen Pagoh itu ketika berucap dalam ceramah di Johor Bahru Sabtu lalu didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa ‘haram memberikan undi kepada Suhaizan.’

PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh pengundian awal adalah pada esok hari manakal hari mengundi pula ditetapkan pada 9 September ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan