25.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 27, 2023

Polis terima laporan iklan guna nama, gambar bekas mufti

Iklan tersebut adalah palsu dan tiada kaitan dengan Mohd Tamyes

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Selangor menerima laporan berkaitan iklan pelaburan yang menggunakan nama bekas Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, laporan berkaitan iklan tersebut diterima daripada Mohd Tamyes yang merupakan pengadu pada 9.43 malam tadi (3 Sept).

“Beliau (Mohd Tamyes) membuat laporan polis dan menafikan pembabitannya dalam iklan yang dipaparkan di laman sosial Facebook atas nama ‘Investor City’.

“Iklan tersebut adalah palsu dan tiada kaitan dengan Mohd Tamyes manakala laporan polis yang diterima dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk siasatan terperinci,”katanya dalam kenyataan di sini.

Selain itu, Hussein turut menasihatkan orang ramai agar tidak terperdaya serta terpengaruh dengan iklan dan tawaran di media sosial yang menggunakan identiti individu penting yang menjadi kepercayaan masyarakat sebagai imej sesebuah pengiklanan.

“Sikap menyemak semula kesahihan sesuatu iklan itu amat penting bagi mengelak dimanipulasikan dan menjadi mangsa penipuan,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Nafi sos cili peket dicaj, McDonald’s buat laporan polis

MCDONALD’S Malaysia membuat laporan polis berhubung dakwaan pekerjanya mengenakan caj sos cili peket kepada pelanggan sepertimana tular baru-baru ini. McDonald’s Malaysia berkata,...

Lagi Artikel Berkaitan