31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Bukit Aman minta Anwar hadir bantu siasatan

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Bukit Aman esok bagi membantu siasatan penyebaran senarai nama 121 ahli Parlimen yang menyokong beliau.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, polis setakat ini menerima 113 laporan yang dibuat terhadap Presiden PKR itu dan masih menjalankan siasatan lanjut.

Menurutnya, Anwar diminta hadir esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah.

“Siasatan terhadap beliau diklasifikasikan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

“Sehubungan itu, Anwar diminta hadir memberi keterangan pada 16 Oktober 2020 di pejabat unit siasatan jenayah terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

HUZIR MOHAMED

Huzir berkata, orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang kenyataan atau khabar angin yang boleh mencetuskan suasana tidak harmoni.

Advertisements

Isnin lalu, Anwar diminta hadir ke Bukit Aman, namun ditangguhkan.

Selasa lalu, Anwar mempersembahkan dokumen sahih mengenai majoriti kukuh dan meyakinkan daripada Ahli Parlimen menyokongnya kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah.

Anwar mendakwa sudah mendapat sokongan lebih 120 ahli Parlimen bagi membentuk kerajaan.

“Saya pohon semua pihak beri ruang kepada Agong menunaikan tanggungjawab mengikut lunas Perlembagaan dan budi bicara untuk menelaah dokumen dan memanggil ketua parti mengesahkan (dokumen).

“Ini bukan soal kemenangan tetapi memohon kita dapat tegakkan negara yang adil, maju dan adil. Jaminan tentang hak tetap terpelihara,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan