Monday, June 15, 2026

Polis panggil Sanusi, rakam percakapan hari ini

Mesti Baca

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan dan telah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Pulau Pinang adalah milik negeri itu.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, rakaman percakapan Muhammad Sanusi akan dirakam pada hari ini (Rabu) di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, D5 Bukit Aman di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Pada 29 Mei lepas, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah dan beliau mendakwa Kedah hanya mempunyai sempadan dengan Perak dan Perlis. – BERNAMA.

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan