30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Mayat hanya berseluar dalam ditemukan di Muar

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SATU mayat lelaki hanya hanya memakai seluar dalam ditemukan di tepi jalan Felda Maokil-Bukit Kepong, Lenga, Muar pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Muar, Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, mayat tersebut ditemukan dalam keadaan terlentang dan sudah meremput tanpa sebarang identiti atau pengenalan diri.

Katanya, lokasi penemuan mayat itu merupakan kawasan pembuangan sampah berdasarkan terdapat longgokan sampah-sampah di situ.

“Setakat ini, pihak polis masih lagi menyiasat keberadaan sebenar mayat sama ada merupakan tempat kejadian kematian berlaku atau merupakan tempat kejadian kedua (dibuang / diletakkan).

Advertisements

“Pemeriksaan fizikal ke atas mayat oleh pasukan forensik zon utara dan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar mendapati keadaan mayat telah mereput,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan di kepala akibat trauma tumpul dan dipercayai adanya unsur jenayah.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati.

“Polis Muar memohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Derah Muar bagi membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat, Zakini Ab. Latif di talian 013-233 8184,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan