24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Jokowi lawat Malaysia hari ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi akan mengadakan lawatan kerja ke Malaysia selama dua hari bermula hari ini.

Kementerian Luar Negeri (KLN) menerusi kenyataan berkata, beliau akan ditemani isteri, Iriana Joko Widodo, menteri kabinet dan pegawai kerajaan sepanjang lawatan kerja tersebut.

Katanya, lawatan itu cukup signifikan kepada kedua-dua negara bagi mengukuhkan lagi persefahaman dan merapatkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia.

“Jokowi dijadual mengadakan mesyuarat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menilai semula kerjasama yang terjalin dan juga membincangkan isu bilateral yang tertangguh.

Advertisements

“Perdana Menteri dan Presiden (Indonesia) dijangka bertukar pendapat mengenai isu serantau dan global termasuk memperkukuhkan ASEAN selepas 2025,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Indonesia merupakan rakan dagangan keenam terbesar Malaysia dan kedua terbesar ASEAN pada tahun lalu dengan jumlah dagangan sebanyak RM130.14 bilion iaitu peningkatan sebanyak 36.5 peratus berbanding RM95.31 bilion pada tahun sebelumnya.

Sementara itu, Wisma Putra memaklumkan, pemimpin kedua-dua negara akan menyaksikan pertukaran beberapa perjanjian yang akan ditandatangani oleh wakil kementerian dan agensi berkaitan.

“Presiden Jokowi juga dijadualkan menghadiri jamuan minum petang bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan