25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

GP 10 daerah dipelawa sertai projek rintis Skim Perubatan Madani

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mempelawa pengamal perubatan swasta umum (GP) di 10 daerah di negara ini untuk menyertai projek rintis Skim Perubatan Madani.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, daerah itu termasuk Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling di Selangor, Kuala Lumpur, Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Johor Bahru (Johor), Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak).

“KKM mengalu-alukan pengamal GP di 10 daerah untuk menyertai program rintis Skim Perubatan Madani.

“ProtectHealth juga akan menganjurkan sesi taklimat dan latihan secara dalam talian kepada GP yang berdaftar untuk penerangan lebih lanjut mengenai Skim

Perubatan Madani,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2023 lalu mengumumkan Skim Perubatan Madani sebagai salah satu inisiatif bagi mengatasi isu kesesakan pesakit di kemudahan kesihatan kerajaan. 

Advertisements

Skim Perubatan Madani merupakan manfaat perkhidmatan kesihatan percuma kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Skim itu bertujuan membantu golongan B40 mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut (rawatan pesakit luar kes-kes akut) di GP berhampiran, sekali gus mengurangkan kesesakan dan waktu menunggu pesakit di kemudahan kesihatan kerajaan. 

Penerima boleh mendapatkan rawatan Skim Perubatan Madani bermula 15 Jun ini.

Sementara itu, Zaliha berkata, KKM menjemput GP di lokasi yang terlibat untuk mendaftar sebagai klinik panel Skim Perubatan Madani bermula hari ini.

“(Pendaftaran boleh dibuat) dengan melayari laman sesawang ProtectHealth di www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani atau menghubungi talian 03-8687 2525,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan