30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

United tawar Maguire untuk dapatkan Mount

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER United dilaporkan bersedia menawarkan pemain pertahanan, Harry Maguire kepada Chelsea sebagai pertukaran untuk mendapatkan Mason Mount.

Kapten United itu kerap memanaskan bangku simpanan musim ini dan kini menjadi pilihan keempat di barisan pertahanan tengah di belakang Raphael Varane dan Lisandro Martinez.

Menurut laporan portal United Kindom (UK), The Sun, United bersedia menawarkan wang tunai termasuk Maguire bagi membawa Mount ke Old Trafford.

Ini susulan Mount masih tidak bersetuju dengan tawaran baharu The Blues dengan kontraknya hanya tinggal semusim di Stamford Bridge.

Situasi itu menarik minat beberapa kelab besar Eropah termasuk United dan Liverpool untuk mendapatkan pemain antarabangsa England berkenaan.

Bagaimanapun, United dilihat lebih terkehadapan berbanding pasukan lain dengan Mount dilihat cenderung memilih ke Manchester berbanding berhijrah ke Anfield.

Pengurus United, Erik ten Hag melihat Mount sebagai sasaran utama musim panas ini dan kelab mahu menyelesaikan perpindahan tersebut pada awal jendela perpindahan musim panas ini.

Namun, difahamkan perpindahan itu masih belum dapat direalisasikan kerana perbincangan mengenai yuran perpindahan belum mencapai kata sepakat.

Chelsea meletakkan nilai Mount sekitar RM489 juta sementara United melihat harga pemain itu pada RM316.6 juta sahaja.

Dengan tawaran tunai bersama Maguire, United berpeluang mendapatkan Mount jika Chelsea bersetuju dengan harga yang ditawarkan. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan