29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

CPTPP fasa baharu hubungan Malaysia-UK – Fadillah

Mesti Baca

PENYERTAAN United Kingdom (UK) dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) tidak lama lagi akan menyediakan tahap untuk fasa baharu hubungan dua hala Malaysia dan negara itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, UK menyertai blok perdagangan CPTPP 11 ahli, selepas dua tahun rundingan.

“Ini bakal membuka pintu bagi pertumbuhan yang lebih baik dan akses kepada pasaran baharu.”

“Kerenah birokrasi akan berkurangan apabila perniagaan boleh menikmati operasi secara sama rata dengan firma tempatan dan pengurangan tarif ke atas eksport produk serta menyediakan perniagaan dengan akses yang lebih luas kepada pasaran baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada jamuan makan malam peringkat tertinggi UK dan Malaysia di sini. 

Pakatan perdagangan itu menawarkan akses kepada pengguna dan perniagaan UK ke salah satu rantau perdagangan bebas terbesar menurut Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)  yang bernilai kira-kira RM62 trilion dan pasaran dengan 500 juta populasi.

Advertisements

Perdagangan dua hala antara Malaysia dan UK mencecah lebih RM33.5 bilion pada 2022, dengan UK mencatatkan lebihan dagangan kira-kira RM3.06 bilion.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia menjangkakan eksport minyak sawit meningkat sebanyak 3.7 peratus kepada 16.3 juta tan bagi tahun 2023.

Turut hadir Menteri Negara UK di Jabatan Perniagaan dan Perdagangan, Lord Dominic Johnson serta Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK, Datuk Zakri Jaafar.

Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, penghargaan yang tinggi harus diberikan kepada menteri UK dan pasukan perunding mereka yang telah memberi komitmen kepada CPTPP.

Beliau berkata, antara perkara utama perundingan ialah perjanjian untuk mengurangkan tarif import ke atas eksport minyak sawit Malaysia.

“Pengurangan tarif terhadap  minyak sawit adalah elemen standard untuk negara-negara CPTPP dan saya boleh memberi jaminan kepada anda bahawa UK sebagai pulangan, telah memperoleh peruntukan akses pasaran yang signifikan.” – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan