25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Pendaki Everest negara dikhuatiri hilang

Mesti Baca

PENDAKI orang kurang upaya (OKU) Malaysia Everest 2023 Muhammad Hawari Hashim, dikhuatiri hilang di kawasan pergunungan Everest ketika turun dari Kem 4 selepas menawan puncak gunung tertinggi di dunia itu.

Perkara itu disahkan Ketua Misi Ekspedisi Azim Afif Ishak ketika dihubungi Bernama TV dan operasi pencarian masih dijalankan.

Muhammad Hawari, 33, merupakan OKU pendengaran, dipercayai hilang ketika menuju ke Kem 3 selepas berjaya menawan puncak Gunung Everest yang berketinggian 8,848 dari paras laut, pada Khamis.

Azim Afif berkata, setakat ini Hawari masih belum dijumpai dan pendaki OKU itu sudah hilang hampir 24 jam.

Advertisements

Beliau berkata kali terakhir Hawari berjaya dihubungi ketika pendaki itu berada di Kem 4.

Dalam pada itu, menurut laporan media Nepal The Himalayan Times yang memetik kenyataan pengendali ekspedisi Pengarah Pioneer Adventure Nivest Karki, Hawari telah hilang sejak Jumaat dan usaha pencarian masih dijalankan.

Hawari merupakan pendaki kumpulan pertama ke puncak Everest bersama pendaki yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub.

Bagaimanapun, Awang Askandar, 56, disahkan meninggal dunia selepas terjatuh ketika melakukan pendakian ke puncak gunung Everest. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan