Thursday, June 4, 2026

Jenazah pendaki negara dibawa ke Kathmandu hari ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

USAHA membawa turun jenazah pendaki negara, Awang Askandar Ampuan Yaacub dari Base Camp ke Kathmandu akan dilakukan hari ini menggunakan helikopter.

Kementerian Luar Negeri (KLN) menerusi kenyataan memaklumkan, pemindahan itu akan dilakukan jika operasi membawa turun jenazah dari kem empat berjalan seperti dijadualkan.

Sementara itu, Kementerian itu berkata, proses mencari dan menyelamat (SAR) Muhammad Hawari Hashim sedang giat dijalankan pihak berkuasa tempatan.

Katanya, usaha SAR menerusi udara telah dijalankan semenjak 20 Mei lalu, namun masih tidak berjaya mengesan mangsa.

“Proses mencari dan menyelamat kini diteruskan dengan SAR darat di kawasan lurah-lurah ais bermula dari 21 Mei.

“Kementerian ini melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu akan terus menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya bagi memastikan proses membawa pulang jenazah dan pencarian pendaki Misi Malaysia Everest 2023 yang masih hilang berjalan dengan lancar,” katanya.

KLN berkata, sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan