33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Tawan Everest: Nagarajan lengkap takluk 7 puncak tertinggi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENDAKI negara, R. J. Nagarajan berjaya menawan puncak Gunung Everest sekali gus melengkapkan misi menakluki tujuh puncak tertinggi di tujuh benua (7 puncak).

Pengasas Zeroto8000, Mohd. Khafiz Bachok berkata, Nagarajan tiba di puncak tertinggi Everest pada ketinggian 8,850 meter (m) dari aras laut tepat pukul 12.45 tengah hari tadi.

Katanya, kejayaan itu menjadikan pendaki berusia 59 tahun itu rakyat Malaysia kedua berjaya mendaki G7 versi Ralhold Messner dan pendaki keempat di Malaysia yang dikenali sebagai World 7 Summit.

“Rajan berjaya mendaki Gunung Aconcagua di Argentina pada ketinggian 6,961; Gunung Denali di Amerika Syarikat (6,194 m); Gunung Kilimanjaro di Tanzania (5,895m); Gunung Elbrus di Rusia (5,642m) dan (4,892m) yang merupakan puncak tertinggi di benua Antartika,

Selain itu, Gunung Kosciuszko di Australia (2,228m) dan terkini Gunung Everest di Nepal pada ketinggian 8,848m yang merupakan puncak tertinggi di benua Asia dan dunia pagi ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Mengulas lanjut, Mohd. Khafiz berkata, Nagarajan juga telah melengkapkan dua lagi gunung iaitu Gunung Mont Blanc, di Perancis pada ketinggian 4,810m dan Puncak Jaya di Irian Jaya (4,884m).

Katanya, beliau mengambil masa tujuh tahun sejak tahun 2016 untuk melengkapkan semua pendakian tersebut.

Ujar beliau, Nagarajan merupakan seorang pendaki daripada pasukan Zeroto8000 dengan misi menyampaikan mesej semangat Malaysia berdikari dalam mengejar impian dan mencipta kejayaan.

“Menurut beliau, setiap rakyat Malaysia harus berusaha berdikari dalam mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang.

“Beliau sendiri melakukan semua pendakian ini dengan bekerja keras mengumpul dana sendiri dan kini terbukti beliau telah berjaya dan semangat inilah yang sedang diterapkan di dalam minda rakyat Malaysia oleh ZEROTO8000,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan