29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

KPKD belum terima aduan rasmi tiket mahal Coldplay

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) masih belum menerima sebarang aduan berhubung penjualan semula tiket konsert siri jelajah Coldplay dengan harga yang lebih mahal.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya bersama Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengadakan satu mesyuarat pada petang Isnin bagi membincangkan perkara itu.

“Setakat ini, kita tiada terima aduan rasmi berkenaan perkara itu (tiket Coldplay).

“Tetapi secara umum, kami ada dengar perkara itu dipaparkan melalui media sosial dan media arus perdana.

“Petang ini ada satu mesyuarat antara KPDN dan KKD. Jadi, wakil pegawai penguat kuasa akan hadir,” katanya lapor Sinar Harian.

Advertisements

Menurut Salahuddin, sekiranya perkara tersebut memerlukan tindakan daripada KPDN, ia akan dikenakan di bawah Akta Perlindungan Pengguna.

“Kalau jatuh Akta Komunikasi, ia dibawah SKMM. itu kita serahkan kepada KKD. Kalau KKD kata perlu kepada pembelaan atau nasib kepada pembeli, maka kita guna Akta Perlindungan Pengguna,” jelasnya.

Sebelum ini, media melaporkan KKD akan memanggil penganjur konsert Coldplay bagi mendapatkan maklumat berhubung situasi sebenar isu penjualan tiket konsert berkenaan.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, pertemuan dengan penganjur konsert itu akan disertai KPDN dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan