27.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 28, 2022

Pendaki Gunung Everest perlu tunjuk bukti bergambar di puncak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMUA pendaki yang berjaya menjejakkan kaki di puncak Everest perlu menunjukkan bukti bergambar atau video yang sah sebelum membolehkan mereka dianggap sebagai pendaki Everest.

Penjelajah Grand Slam Negara dan Pendaki 7 Benua, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, tidak kira sekali, dua kali mahupun tiga kali, pendaki terbabit harus menunjukkan gambar, disahkan oleh sherpa yang menemani dan juga pegawai daripada Kementerian Pelancongan Nepal dan menerima sijil daripada kementerian.

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu juga menyarakan pihak media agar perlu menanyakan perkara demikian kepada mana-mana pendaki.

“Ianya tidak lain iaitu bagi mendapatkan pengesahan yang jelas sebelum mengeluarkan artikel kerana ianya akan menjadi bahan sejarah yang sah bahkan juga palsu sekiranya tersalah informasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin adalah penjelajah Grand Slam Pertama Malaysia yang berjaya menamatkan pendakian ke 7 puncak tertinggi di 7 benua 2010-2014 dan juga berski ‘last degree’ di Kutub Utara dan Kutub Selatan pada tahun 2017-2018.

Baca juga:   Yang kalut kecam Ismail Sabri tu bagus sangat ke?

Di Malaysia sudah lebih 20 orang pendaki Malaysia yang telah berjaya menjejakkan ke gunung Everest semenjak tahun 1997 hingga 2022.

Namun terdapat pertikaian terhadap beberapa pendaki yang menggelarkkan diri mereka pendaki Everest sedangkan mereka hanya ke Kem Induk Everest bahkan ada juga yang mengaku sudah mendaki melebihi 2 kali tetapi tiada bukti bergambar atau video.

Baca juga:   Pemandu 'samseng' sepak penunggang motosikal diburu

Katanya, sebagai penggiat rekreasi, beliau ingin menyatakan, pendakian ke Everest bukanlah semudah mulut bercakap.

“Mendaki Everest memang menelan belanja hampir RM160,000 ke RM 200,000 tetapi latihan dan persiapan pendaki juga penting dan latihan seorang pendaki sebelum ke Everest boleh menelan belanja RM80,000 hingga RM150,000.

“Ini kerana untuk mendaki Everest, pengalaman mendaki di gunung-gunung bersalji lain, latihan fizikal, persediaan mental perlu cukup agar tiada risiko kegagalan dan paling membimbangkan risiko kematian.

“Jangan malu mengaku kegagalan daripada menipu semua orang terutama rakyat Malaysia demi mendapatkan penghormatan yang tidak bermaruah,” katanya.

Kebimbangan yanh sama turut dinyatakan Datuk Magendran pendaki Everest pertama Malaysia.

“Saya juga agak risau dengan trend pendaki mengaku berjaya sampai puncak gunung tanpa menunjukkan bukti kukuh selepas turun dari puncak.

“Ini boleh menjejaskan kredibiliti negara kita Malaysia sekiranya didapati pendaki kita menipu,”katanya.

Terkini

96 PPS sedia diaktif di KL dan Putrajaya -Rina Harun

BAGI persiapan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini, sebanyak 96 pusat pemindahan sementara (PPS) sedia diaktifkan. Dengan...

Lagi Artikel Berkaitan