25 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

Kebenaran khas eksport 3 komoditi berasaskan ayam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN bersetuju memberikan kebenaran khas kepada tiga jenis komoditi untuk dieksport selepas mengadakan perbincangan dengan penggiat industri dan persatuan penternak.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MAFI) memaklumkan, tiga komoditi itu merangkumi ayam daging berwarna termasuk ayam kampung dan ayam hitam, selain semua produk berasaskan ayam dan ‘Day Old Chick’ (DOC) atau anak ayam berusia sehari ayam pembiak baka sahaja.

“Kerajaan bagaimanapun menegaskan larangan eksport untuk ayam pedaging, ayam bulat, keratan ayam dan DOC ayam pedaging masih kekal berkuat kuasa.

“Kawalan secara fizikal di semua pintu keluar akan terus dilaksanakan pegawai penguat kuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan sebarang aktiviti untuk mengeksport komoditi berkenaan tidak dibenarkan.

“Konsainan eksport komoditi itu perlu diuruskan sewajarnya oleh pemilik permit,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

MAFI juga memaklumkan, pihaknya memandang serius sekiranya terdapat sebarang penyalahgunaan terhadap kebenaran khas berkenaan.

Baca juga:   Kemudahan stesen TV tapis sendiri kandungan boleh ditarik balik

“Sekiranya terdapat perlanggaran, katanya tindakan di bawah subseksyen 11(2) dan 11(3) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan 2011 [Akta 728] boleh diambil.

“Jika sabit kesalahan, denda boleh dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya, manakala bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

“Kerajaan akan terus memantau keadaan bekalan ayam dalam negara yang semakin beransur pulih dan dijangka kembali stabil bermula Jun 2022.

Baca juga:   Jaminan 4 bulan stabilkan harga ayam, bekalan telur

“Sebarang pertanyaan atau maklum balas mengenai larangan eksport komoditi ayam, boleh dikemukakan melalui emel kepada [email protected],” katanya.-Edisi 9

Terkini

MKT UMNO putuskan PRU-15 mesti diadakan tahun ini

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan agar pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan