28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Pembenihan awan atasi Empangan Bukit Merah susut

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SUSULAN paras air di Empangan Bukit Merah di Semanggol, Perak yang berada di paras kritikal sejak beberapa hari lalu, satu operasi pembenihan awan dijadual dilakukan hari ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 (MAFI), Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, operasi dengan kerjasama TUDM dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) itu bertujuan menghasilkan hujan di kawasan empangan tersebut.

“Untuk tujuan pengairan di Empangan Bukit Merah di Bukit Semanggol di daerah Kerian, hari ini setelah mendapat persetujuan semua pihak daripada MetMalaysia daripada pihak TUDM.

“Kita bergantung kepada keadaan atmosfera dan situasi semasa. Kalau hari ini diizinkan TUDM dengan pesawatnya akan menjalankan operasi pembenihan awan,” katanya ketika ditemui di Pangkalan Udara TUDM Subang hari ini, lapor Astro AWANI.

Jelasnya, operasi itu terpaksa dilakukan ekoran paras air di empangan tersebut yang mencatat tahap kritikal sejak 21 Mei lalu.

“Keadaan itu mengakibatkan bekalan air di kawasan pertanian merangkumi 19,000 hektar di Perak dan 1,200 hektar di Pulau Pinang terjejas.

“Situasi ini mengakibatkan gangguan bekalan air di kawasan tersebut yang bukan sahaja untuk pengairan, juga untuk domestik, termasuk pengairan ke sawah serta untuk tujuan industri.

Advertisements

“Operasi ini membabitkan kawasan tadahan seluas 19,000 hektar di wilayah Pembangunan Pertanian Bersepadu (AIDA) di Kerian dan Pulau Pinang,” kata Ahmad.

Tambahnya, operasi itu bakal memberi manfaat secara langsung kepada lebih 10,000 pesawah di kedua-dua kawasan.

“MAFI telah mengambil daya usaha memulihkan bekalan air kawasan terlibat dan kita bersyukur kepada pihak TUDM yang telah memberikan sokongan dan kerjasama.

“Kita yakin operasi akan memberi manfaat secara langsung kepada seramai 8,889 pesawat di Kerian dan 1,267 pesawah di kawasan Pulau Pinang,” ujarnya lagi.

Sejumlah 4,800 liter larutan garam akan disembur di ruang udara empangan menggunakan pesawat C-130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada petang Sabtu.

Operasi dianggar menelan kos sekitar RM80,000.

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan