Friday, July 24, 2026

22 rakyat Malaysia sampai ke puncak Everest sejak 1997

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan sejak tahun 1997 sehinggalah kini, hampir 22 rakyat Malaysia telah mendaki sampai ke puncak Gunung Everest.

Beliau pada mulanya tidak percaya ada orang (rakyat) Malaysia mendaki Gunung Everest kerana berdasarkan faktor iklim negara tropika yang panas.

“Kebanyakan yang mendaki Everest adalah daripada negara “temperate” negara sejuk yang sudah biasa dengan salji dan cuaca sejuk.

“Tetapi orang Malaysia tidak pernah hidup dalam keadaan sejuk, hanya panas dan hujan sahaja di negara ini.

“Tetapi rakyat kita ini bercita-cita untuk mendaki Everest dan saya semenangnya dari dahulu sokong semangat Malaysia Boleh.

“Mereka mahu daki Everest sepertimana ada yang berlayar keliling dunia seorang diri dan berbagai lagi dilakukan orang Malaysia,” katanya dalam Facebook hari ini.

Beliau berkongsikan hantaran berkenaan selepas menerima kunjungan pasukan misi ”Malaysia Everest 2023” yang memasang impian menawan Gunung Everest.

Ujar Dr Mahathir, mereka terdiri dari anak muda juga warga kelainan upaya (OKU).

“Saya ucap selamat berjaya dan jangan mudah kecewa kepada kumpulan baru yang akan mendaki Everest nanti.

Menurutnya, rakyat Malaysia boleh berbangga dengan sikap berkenaan iaitu sanggup hadapi cabaran dan mengatasinya hingga tiba ke puncak Gunung Everest.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan