29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Polis kesan pemandu langgar lari di Permas Utara

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS sedang mengesan pemandu kenderaan jenis Honda City yang terlibat dalam kemalangan membabitkan dia buah kereta di Jalan Permas Utara pada pukul 6.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Selatan, Raub Selamat berkata, polis turut terkesan dua video berdurasi 1 minit 10 saat dan 34 saat yang tular di Facebook semalam yang memaparkan kenderaan yang dipandu suspek melarikan diri selepas kemalangan.

Katanya, hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kereta jenis Perodua Bezza yang dipandu seorang lelaki bersama wanita tempatan berusia lingkungan 20-an dari arah pusat bandar menunu ke Jalan Permas 2.

“Setibanya di Jalan Permas Utara, ketika lalu lintas padat, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Honda City dari arah belakang telah melanggar kereta Perodua Bezza tersebut.

Advertisements

“Pemandu dan penumpang kereta Perodua Bezza tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Raub berkata, siasatan dijalankan di bawah Rule 10 166/58.

Ujar beliau, sehingga kini pemandu Honda City masih belum membuat laporan.

“Pihak polis memohon pemandu kereta jenis Honda City agar tampil ke Balai Polis Trafik Johor Bahri Selatan untuk memberi keterangan atau berhubung dengan pegawai penyiasat, Syed Amran Syed Abas di talian 019-777 6066,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan