31.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

4 pelajar ditahan bergaduh di Sibu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan empat pelajar kerana disyaki terlibat dalam satu pergaduhan di kawasan parkir kereta di Jalan Intan, Sibu kelmarin.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sibu, Zulkipli Suhaili berkata, dua daripada pelajar itu merupakan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) sementara selebihnya adalah pelajar sekolah.

Katanya, Balai Polis Sentral Sibu menerima satu laporan daripada seorang pelajar berumur 15 tahun yang mendakwa dipukul beberapa pelajar sekolah sama di lokasi kejadian.

“Hasil siasatan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sibu, pada tarikh sama lebih kurang pukul 9 hingga 11 malam bertempat di lokasi berbeza telah membawa kepada penangkapan dua pelajar sekolah dan dua pelajar universiti yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Advertisements

“Kesemua mereka berumur antara 14 hingga 19 tahun,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, polis turut terkesan video insiden pergaduhan berdurasi 50 saat tersebut yang tersebar di media sosial.

“Orang awam dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan sebarang video yang boleh mengganggu keharmonian dan ketenteraman awam,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan