Saturday, June 27, 2026

RM50 juta naik taraf, selenggara institusi pendidikan Mara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK RM50 juta telah diluluskan Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk menaik taraf dan menyelenggara termasuk mengganti peralatan dan perkakas lama di semua institusi pendidikan di bawah agensi tersebut.

Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ia melibatkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Institut Kemahiran Mara, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Kolej Mara dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara.

“Sejak hampir dua bulan diamanahkan selaku Pengerusi, saya telah menjelajah hampir 23 institusi pendidikan Mara seluruh Malaysia kecuali Sarawak sahaja yang belum berkesempatan.

“Ini adalah untuk melihat sendiri kondisi pelajar, guru di kampus dan keadaan persekitaran setelah menerima banyak maklum balas di ruangan media sosial saya.

“InsyaAllah akan terus turun padang bagi memastikan agenda pendidikan dan pembangunan usahawan Melayu dan Bumiputera akan terus diperkasakan,”katanya menerusi perkongsian di Facebook hari ini. – Edisi 9

Terkini

Dakwaan Puad serius, tidak bertanggungjawab – Onn Hafiz

“SAYA menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa saya pernah memaklumkan kepadanya kononnya pihak Istana telah “mengarahkan”...

Lagi Artikel Berkaitan