33.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Nusaybah

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada Nusaybah Maszlee, atas kejayaan beliau menjadi pelajar Malaysia dan Asia Tenggara pertama memenangi enam Anugerah Siswa Cemerlang di Universiti Georgetown, Qatar, baru-baru ini.

Istana Negara menerusi Facebook rasminya menyatakan, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada Nusaybah atas kejayaan itu.

Istana negara berkata, baginda berdua menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas kejayaan Nusaybah yang sekali gus mengharumkan nama Malaysia.

“Ia juga membuktikan sekali lagi bahawa rakyat Malaysia, dengan iltizam dan usaha yang bersungguh-sungguh, mampu bersaing dan mencapai kecemerlangan di peringkat dunia.

Advertisements

“Semoga kecemerlangan beliau menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya generasi muda untuk bekerja keras dan memberikan yang terbaik bagi mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing,” menurut kenyataan itu.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Nusaybah dan mendoakan agar beliau dilimpahi kejayaan dan kecemerlangan berterusan.

Nusaybah, 24, yang juga anak sulung bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik melakar sejarah apabila menjadi mahasiswa Malaysia dan Asia Tenggara pertama yang merangkul enam anugerah di Universiti Georgetown baru-baru ini.

Selain memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.0, Nusaybah berjaya memenangi anugerah Suma Cum Laude (pelajar paling cemerlang), Anugerah Pingat Dekan, Tesis Terbaik, Anugerah Pelajar Paling Cemerlang pengkhususan Politik dan Hubungan Antarabangsa. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pengundi Melayu di Kuala Kubu Baharu mula berubah sikap

KEPUTUSAN Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pengundi Melayu mula berubah sikap terhadap...

Lagi Artikel Berkaitan