Thursday, June 4, 2026

Maqis rampas 1.1 tan pokok hiasan tanpa permit

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 17 jenis tanaman hiasan yang dibawa masuk tanpa permit dari China dirampas Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) semalam.

Maqis dalam kenyataan memaklumkan, kesemua jenis tanaman hiasan dianggarkan seberat 1.1 tan itu bernilai RM132,000.

“Rampasan dibuat hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan oleh pegawai penguasa pada jam 11.18 pagi Selasa.

“Hasil pemeriksaan mendapati pihak pengimport gagal mengemukakan import permit Maqis yang sah,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kesemua barang rampasan ditahan untuk tindakan lanjut.

“Perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian tanpa import permit Maqis, menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(1) Akta yang sama.

“Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan