32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

PM terima kunjungan hormat Menteri Luar Korea Selatan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Menteri Luar Korea Selatan, Park Jin di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Anwar menerusi Facebook berkata, pelbagai isu berkepentingan dibincangkan semasa pertemuan tersebut termasuk kerjasama dalam sektor ekonomi, pertahanan, pembangunan infrastruktur, pengangkutan dan tenaga boleh baharu.

Katanya, kedua-dua negara bersependapat untuk meningkatkan semula pertukaran lawatan di peringkat tertinggi antara Malaysia-Korea Selatan. 

“Kami juga bertukar-tukar pandangan mengenai isu antarabangsa dan geopolitik. Republik Korea merupakan salah satu rakan rapat dan penting bagi Malaysia. 

Advertisements

“Moga lawatan ini mengeratkan hubungan selain memberi manfaat kepada kedua-dua negara,” katanya hari ini.

Perdana Menteri berkata, Jin berkesempatan bertemu dengannya semasa lawatan rasmi Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri ke Seoul sekitar 1996. 

“Ketika itu, beliau bertugas sebagai Setiausaha Politik dan penterjemah kepada bekas Presiden Republik Korea, Kim Young Sam,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan