28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

DAP pelawa Khairy, Shahril untuk jadi PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DAP mempelawa dua bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Shahril Sufian Hamdan menyertai parti itu.

Ini kerana kata Ahli Parlimen Bangi, Dr. Ong Kian Ming kedua-dua mereka mempunyai kredibiliti untuk menjadi Perdana Menteri jika menyertai parti berkenaan.

“Perlu dipertimbangkan (penyertaan Khairy dan Shahril Sufian dalam DAP).

“Kerana DAP memerlukan calon Perdana Menteri dan kedua-dua kamu layak (untuk jawatan itu),” katanya.

Advertisements

Kian Ming menjawab soalan Khairy kenapa dia dan Shahril Sufian patut menyertai parti berkenaan dalam podcast ‘Keluar Sekejap’ bertajuk ‘Mengapa Melayu Tak Suka DAP’.

Jawapan daripada Ahli Parlimen Bangi itu mengejutkan kedua-dua ahli politik tersebut sementara Shahril Sufian menyifatkannya sebagai ‘gila’.

Khairy sebelum ini pernah memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO sebelum dipecat daripada parti kerana pelanggaran disiplin mengikut Perlembagaan UMNO atas kesalahan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Shahril Sufian pula digantung keahlian selama enam tahun tekad tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang kerana kedudukannya masih lagi ahli UMNO. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan