26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Eriksson dedah nasihatkan Avramovich beli Chelsea

Taikun minyak Rusia itu beli The Blues berbanding Spurs hanya selepas 24 jam terima nasihat Eriksson

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKAS pengurus England, Sven-Goran Eriksson mendedahkan dia menasihatkan Roman Avramovich supaya membeli Chelsea berbanding Tottenham Hotspurs pada 2003.

Eriksson berkata, ketika itu jutawan dari Rusia berkenaan mencari kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk dibeli.

Pengurus berbangsa Sweden itu berkata, Avramovich mahu menang sesuatu di EPL jadi nama Chelsea dicadangkan kerana kelab itu tidak perlu dirombak sepenuhnya jika mahu membentuk pasukan juara berbanding Spurs.

“Dia (Avramovich) mahu saya berikan cadangan kelab mana yang perlu dibeli, Chelsea atau Spurs. Jadi, saya bertanya, apa yang dimahukannya dari kelab dan jawapannya, kemenangan.

“Dan saya kata kepadanya, jika mahu menang, Chelsea kerana kami hanya perlu membeli (rombak) separuh daripada pasukan. Kemudian, saya fikir dalam 24 jam… (dia beli Chelsea),” katanya.

Advertisements

Pendedahan pengurus berbangsa Sweden itu dibuat menerusi dokumentari Fever Pitch: The Battle For The Premier League yang disiarkan secara eksklusif di Paramount+.

Chelsea terus unggul selepas pengambil-alihan Avramovich dengan memenangi sebanyak 21 trofi sepanjang 19 tahun di bawah jutawan tersebut antara 2003 hingga 2022.

Avramovich dikritik teruk selepas cubaannya menyertai gabungan penganjuran Liga Super Eropah gagal.

Setahun selepas itu, taikun minyak Rusia itu dikenakan sekatan susulan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dan hubungannya dengan Presinde, Vladimir Putin.

Pada Mei 2022, Chelsea dijual kepada taikun Amerika Syarikat, Todd Boehly dan Clearlake Capital dengan rekod jualan RM23.7 bilion. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan