26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Pan Gon, staf kejurulatihan berguru di London

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SELEPAS berguru di Sepanyol, ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon bersama staf kejurulatihannya menimba ilmu ke London, United Kingdom minggu lalu.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata, sepanjang seminggu di London, staf kejurulatihan Harimau Malaya berpeluang menyaksikan sesi latihan pasukan West Ham United, melawat fasiliti latihan kelab termasuk bertemu pengurus, David Moyes.

Staf kejurulatihan Harimau Malaya ketika mengadakan pertemuan dengan staf kejurulatihan West Ham minggu lalu. Foto: FAM

Selain itu katanya, mereka turut ke Brighton Hove Albion bertemu bersama beberapa staf teknikal dan kejurulatihan kelab berkenaan.

“Sepanjang berada di London, mereka berkesempatan menyaksikan dua perlawanan Liga Perdana Inggeris, West Ham United bertemu Liverpool serta Brighton-Wolverhampton Sabtu lalu,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Advertisements
Kim Pan Gon sempat bertemu penyerang kebangsaan Korea Selatan, Hwang Hee-Chan. Foto: FAM

Menurut FAM, selepas perlawanan, Pan Gon sempat bertemu penyerang kebangsaan Korea Selatan, Hwang Hee-chan yang beraksi bersama Wolves.

Antara staf yang turut sama ke London adalah pembantunya, Pau Marti Vicente; jurulatih penjaga gol, Cho Junho; jurulatih kecergasan, Jihyeon Park dan jurulatih analisis prestasi, Lim Jaehun.

Barisan staf kejurulatihan Harimau Malaya itu telah selamat tiba di Kuala Lumpur semalam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan