32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Trip ke Arab Saudi: PSG gantung Messi 2 minggu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

GARA-GARA terbang ke Arab Saudi tanpa kebenaran kelab, bintang sensasi Paris Saint-Germain (PSG) digantung selama dua minggu daripada beraksi dalam mana-mana perlawanan.

Difahamkan, Messi yang dilantik sebagai duta pelancongan bagi negara Asia Barat itu telah merancang untuk ke negara itu selepas aksi Ligue 1 menentang Lorient.

Ini kerana semua pemain PSG diberikan cuti sehari selepas perlawanan namun susulan kekalahan 1-3 kepada kelab itu, pengendali, Christophe Galtier memanggil semua pemain turun menjalani latihan pada Isnin.

Malangnya, Messi ketika dipanggil sedang transit ke Arab Saudi dan kelibatnya tidak kelihatan di padang latihan PSG.

Lebih memburukkan keadaan, perjalanan juara Piala Dunia itu ke Asia tidak mendapat kebenaran daripada Galtier mahupun penasihat sukan PSG, Luís Campos yang menyebabkan tindakan disiplin terpaksa diambil.

Penggantungan dua perlawanan menyaksikan Messi bakal terlepas aksi Ahad ini menentang Troyes dan satu lagi perlawanan berdepan Ajaccio pada 13 Mei.

Kapten Argentina itu baru-baru ini ditawarkan kontrak sambungan untuk kekal di Paris namun masih belum membuat keputusan mengenai masa depannya di kelab berkenaan.

Barcelona mahukan kepulangannya, sementara Messi turut dikaitkan dengan kontrak mega bersama kelab Asia Barat dan Amerika Syarikat. – Edisi 9

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH/BN wakili kerajaan perpaduan

CALON Pakatan Harapan/Barisan Nasional (PH/BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu akan mewakili...

Lagi Artikel Berkaitan