25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Arsenal kembali ke puncak EPL

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ARSENAL kembali memintas Manchester City di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menumpaskan kelab seteru London, Chelsea 3-1 di Stadium Emirates awal pagi tadi.

Tiga gol di separuh masa pertama, dua menerusi Martin Odegaard dan satu daripada Gabriel Jesus cukup untuk menghadiahkan kemenangan The Gunners sementara gol saguhati The Blues dijaringkan Noni Madueke di babak kedua.

Kemenangan itu meletakkan Arsenal dua mata mengatasi City namun pasukan bimbingan Pep Guardiola itu kurang beraksi dua perlawanan.

Aksi di Stadium Emirates awal pagi tadi menyaksikan skuad bimbingan Mikel Arteta berada 1-0 di depan pada minit ke-18, apabila Odegaard yang tidak dikawal mudah menyudahkan hantaran Granit Xhaka.

Advertisements

Seakan dejavu, Odegaard sekali lagi menjaringkan gol dari kedudukan yang sama dan turut menerima hantaran silang Xhaka untuk meletakkan The Gunners selesa dua gol di depan.

Selang tiga minit kemudian, giliran Jesus pula mencetak nama sebagai penjaring apabila merembat masuk gol ketiga Arsenal melepasi kawalan Kepa Arizzabalaga.

Chelsea merapatkan jurang pada minit ke-65 apabila Madueke bijak melepasi perangkap offside sebelum menolak masuk bola melepasi Aaron Ramsdale.

Ini merupakan kekalahan keenam berturut-turut pengurus interim, Frank Lampard sejak menggantikan Graham Potter. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan