27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Kerajaan kukuh, ‘Langkah Sheraton’ sukar berlaku lagi – Agus

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

“LANGKAH Sheraton” sukar untuk berlaku sekali lagi walaupun ada usaha untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Prof Datuk Mohammad Agus Yusoff berkata, dakwaan bahawa rakyat bosan dengan kepimpinan Anwar dan Perdana Menteri harus segera ditukar sekadar gosip pembangkang.

“Sakan benci dan marahnya sesetengah orang pada Anwar, timbul gosip mahu menjatuhkan Anwar sebagai PM atas alasan rakyat sudah bosan dengan beliau. 

“Siapa yang bosan dan kenapa bosan saya tidak tahu, tetapi itulah yang selalu diratibkan oleh pihak yang tidak menyokong Anwar.

“Nasihat saya, hentilah serangan ke atas Anwar dan kerajaan perpaduan. Tidak ke manapun serangan yang emosi ini. Sukar untuk Langkah Sheraton berlaku lagi. Kerajaan ini telah kukuh dengan majoriti yang ada. Rakyatpun sudah bosan dengan politik pembangkang kerana mereka dambakan kestabilan,” katanya melalui kiriman di Facebook hari ini.

Advertisements

Selain itu, Agus turut menyeru pembangkang supaya menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan bagi membolehkan segala urusan ferderalisme berjalan lancar.

Tambahnya, ia membolehkan rundingan bersama kerajaan pusat untuk mendapat peruntukan yang seimbang tanpa mengira parti dapat dilaksanakan.

“Anwar sudah berkali-kali menyatakan kesediaan beliau untuk berbuat demikian, tinggal lagi pemimpin pembangkang perlulah datang berunding mengenainya. Itulah yang dilakukan oleh Anwar sewaktu beliau menjadi ketua pembangkang, beliau datang berunding dengan PM waktu itu.

“Hasilnya termeterailah MoU Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan persekutuan dan PH pada 13 September 2021.

“Tindakan Anwar adalah contoh pembangkang yang konstruktif, ada agenda baik yang dibawa seperti transformasi pentadbiran, pembaharuan parlimen, kebebasan institusi kehakiman, dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan