28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Shahrir sindir Amanah, minta buat ‘chat group’ untuk bincang

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PEMIMPIN veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad berkata, Parti Amanah Negara (Amanah) menjadi kelam kabut apabila terdapat ‘pegawai parti’ tidak memahami apa maksud dan tujuan partinya menyertai Kerajaan Perpaduan.

Menurut Shahrir,  situasi itu akhirnya mengakibatkan pemimpin nombor dua Amanah terpaksa memohon maaf kepada UMNO.

Bekas Ketua UMNO Johor itu merujuk kepada kenyataan seorang pemimpin parti Amanah berhubung isu permohonan pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Jadi kelam kabut bila pegawai parti tak memahami apa maksud dan tujuan partinya menyertai Kerajaan Perpaduan Madani.

Advertisements

“Kesudahannya orang yang lebih tinggi kena mohon maaf kerana mulut orang bawahnya yang celupar.

“Bukan ramai sangat pun. Buat je lah chat group untuk bincang-bincang,” katanya di hantaran Facebook pada Ahad.

Semalam, media melaporkan Amanah memohon maaf kepada UMNO di atas keterlanjuran kenyataan yang dikeluarkan seorang pemimpinnya berhubung isu pengampunan terhadap Najib.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berharap isu terbabit dapat diselesaikan dan beliau sendiri sudah berjumpa dengan Presiden UMNO serta timbalannya mengenai perkara itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan