Saturday, June 13, 2026

Muhyiddin lahir penghargaan terhadap golongan pekerja

Golongan pekerja sama ada di sektor awam atau swasta mahupun telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan penghargaan kepada semua golongan pekerja di negara ini yang banyak memberi sumbangan kepada negara.

Berikut adalah ucapan Bekas Perdana Menteri itu sempena sambutan Hari Pekerja pada hari ini.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sempena sambutan Hari Pekerja 2023, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua golongan pekerja sama ada di sektor awam atau swasta mahupun yang bekerja sendiri di atas sumbangan besar anda kepada pembangunan negara.

Walaupun berhadapan dengan situasi ekonomi global yang masih tidak menentu dan penuh cabaran, anda tetap cekal menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja tidak kira di sektor mana sekalipun demi Malaysia yang tercinta ini.

Saya percaya sumbangan besar ini akan dapat membantu negara keluar daripada apa sahaja kemelut ekonomi sekali gus dapat memacu Malaysia menjadi negara yang aman, maju dan makmur, Insya-Allah.

Pada masa yang sama kerajaan harus bertindak secara lebih proaktif untuk memulihkan semua sektor ekonomi negara agar nasib semua pekerja akan lebih terbela.

Saya berdoa semoga anda semua cekal dan kuat dalam berhadapan dengan apa sahaja cabaran dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja.

Selamat Hari Pekerja 2023.

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan