29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

KSM buat pindaan iktiraf kesatuan pekerja

Pindaan berkenaan untuk memberi ruang kepada pekerja memperjuangkan hak mereka dan mendapat keadilan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Sumber Manusia (KSM) akan membuat beberapa pindaan bagi proses pengiktirafan kesatuan sekerja untuk memberi ruang kepada pekerja memperjuangkan hak mereka dan mendapat keadilan.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, perkara itu akan diberi perhatian kerajaan memandangkan ada kalangan majikan enggan mengiktiraf kesatuan sekerja di tempat mereka.

“Saya difahamkan terdapat kes yang majikan enggan mengiktiraf kesatuan sekerja diterajui pekerja dan ini merumitkan lagi usaha pekerja dalam memperjuangkan hak mereka,” katanya ketika berucap pada Fiesta di Ambang Malam Hari Pekerja anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di Kuala Lumpur malam tadi.

Pada masa sama, katanya, kerajaan juga sedang mengkaji beberapa isu lain, termasuk gaji kehidupan wajar, pencen pekerja swasta, jaminan pekerjaan, isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta isu perlindungan pekerja asing.

Sivakumar berkata, kerajaan akan berusaha menyelesaikan isu itu sebaiknya, sekali gus memastikan semua pekerja mendapat perlindungan dan keistimewaan setimpal sumbangan mereka.

Advertisements

“Isu perlindungan pekerja asing juga memerlukan perhatian dan tindakan lebih lanjut. Kita perlu memastikan semua pekerja asing di negara ini dilindungi undang-undang dan diberikan hak sama seperti pekerja tempatan.”

Selain itu, katanya, kerajaan akan bekerjasama dengan majikan yang perlu memastikan pekerja berpendidikan rendah diberikan peluang meningkatkan taraf pendidikan serta kemahiran kerja melalui latihan dan kursus.

Langkah itu bagi membantu meningkatkan kemahiran pekerja, selain memberi mereka peluang mengisi jawatan lebih baik serta gaji lebih tinggi.

Beliau turut menyeru semua majikan menghormati hak pekerja dan memastikan mereka dapat bekerja dalam persekitaran selamat dan kondusif.

“Kerajaan akan terus memperkenalkan dasar dan perubahan undang-undang yang memastikan keselamatan, kesejahteraan dan hak pekerja dari semasa ke semasa,” katanya. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri adakan lawatan negara pertama ke Singapura

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan m Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Singapura pada hari...

Lagi Artikel Berkaitan