32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

LaLiga : Barca garang buru kejuaraan

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BARCELONA kembali berkelebihan 11 mata di puncak LaLiga selepas menewaskan  Real Betis 4-0 di Camp Nou awal pagi tadi.

Real Madrid merapatkan jurang itu kepada lapan mata susulan kemenangan 4-2 ke atas Almeria sebelum sepak mula di Camp Nou.

Pemain sayap, Raphinha beraksi cemerlang dengan menghasilkan satu gol dan satu hantaran bantuan.

Gol pertama Blagurana terhasil melalui tandukan awal Andreas Christensen selepas menerima bola daripada lintangan gemilang Raphinha pada minit ke-14.

Robert Lewandowski menyambut masuk gol kedua Barca pada minit ke-36, tiga minit selepas pemain gantian Betis, Edgar Gonzalez, dilayangkan kad kuning kedua.

Advertisements

Raphinha kemudian mencatatkan namanya sebagai penjaring gol ketiga Barca selepas menerima lorongan Sergio Busquet pada minit ke-39.

Jaringan bintang Brazil itu disahkan selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) biarpun pada awalnya dibatalkan kerana ofsaid.

Jaringan sendiri Guido Rodriguez pada minit ke-82 menambah duka buat Real Betis.

Barca seterusnya akan melayan kunjungan Osasuna awal pagi Rabu ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua lelaki cuba ceroboh Istana Negara melalui Pintu 3 ditahan

DUA lelaki warga tempatan ditahan selepas cuba menceroboh Istana Negara, Kuala Lumpur dengan alasan untuk berjumpa Yang di-Pertuan Agong,...

Lagi Artikel Berkaitan